Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harap semuanya dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan penuh ketaatan serta dipenuhkan dengan pelbagai amalan yang baik lagi berguna. Kepada yang sakit, demam, dan sebagainya silalah berjumpa dengan doktor dalam kadar yang segera agar tubuh itu sihat dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh sempurna.
Biasanya bila tibabulan puasa, mulalah wujudnya pelbagai bazaar bazaar ramadhan dikawasan persekitaran kawasan perumahan kita. Tak kiralah kecil atau besarnya bazaar ramadhan itu, ianya tetap menyediakan pelbagai juadah dan pilihan untuk kita makan dikala tibanya waktu berbuka. Tetapi ingat membeli itu menggunakan akal dan hati, bukan menurut nafsu semata mata, nanti membazir. Ingat pesan opah dalam cerita upin dan ipin, ” tuhan tak suka orang membazir ini.” Heheheh



