Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat disamping keluarga yang disayangi. Kalau batuk batuk, demam dan tidak selesa, segeralah jumpa dengan doktor atau ambil ubat ubatan yang perlu. Yang tak perlu jangan ambil, nanti bertambah sakit. Dan UJ doakan semoga cepat sembuh.

Isnin lalu UJ ke UMP untuk mengambil transkrip akhir dan surat pengesahan tamat pengajian. Diam tak diam rupanya da 4 tahun UJ belajar diUMP dan masa berlalu dengan begitu pantas. Pejam celik pejam celik sudah 4 tahun. Banyak kenang kenangan yang tidak dapat dilupakan denganĀ  kawan kawan sekelas UJ. Macam macam karenah yang ada. Hehehehe.

Banner konvokesyen

Tak sabar nak konvo!!!

Bila sudah tamat, apa lagi perkara yang selalu uniersiti buat dan selalu dinantikan oleh para graduan? Sudah tentu majlis konvokesyen iaitu majlis untuk meraikan mahasiswa yang telah tamat belajar dan akhirnya mendapat segulung ijazah. Majlis konvokesyen UMP akan diadakan pada

24 SEPTEMBER 2011

Tempat: KOMPLEKS SUKAN, UMP, GAMBANG

Tapi tarikh itu adalah cadangan dan tertakluk kepada perubahan senat dan universiti. Kita merancang tapi Allah jualah yang menentukan perjalanan hambanya.

Jadi apa pilihan UJ selepas tamat belajar. Kerja? Tidak UJ akan pergi sambung master pula sebab dunia belajar ni tak pernah habis. Kalau sambung PhD, dalam usia muda dah ada gelaran doktor…hehehehe

p/s: Dr. UJ… huhuhuhuhh

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

Apa yang nak di kata?