UMPlife Forum

Disini UJ nak tunjuk tempat tempat yang UJ selalu lepak dan pergi iaitu UMPlife forum. Forum tak rasmi pelajar UMP sebenarnya ada dua iaitu e-ump dan umplife. Semunya diasaskan oleh pelajar sendiri untuk pelajar UMP dan orang luar pon boleh join, tak salah pun.

Forum pertama yang rasmi ialah e-ump, UJ lepak disitu, posting sana sini. Tiba tiba e-ump mengalami masalah teknikal menyebabkan forum tidak boleh dibuka. Disebabkan kerana kebosanan dan kesusahan pelajar untuk mengetahui berita dalaman UMP dan site site perkongsian persendirian, maka forum kedua ditubuhkan oleh pelajar UMP sendiri. Forum ini diberikan nama UMPlife dengan taglinenya “The Best Discussion Forum for UMP Student“. Forum ini mendapat sambutan yang mengalakkan dari pelajar dan seterusnya menjadi tempat untuk berita universiti dan perkembangan dapat diketahui oleh pelajar.

Melalui forum ini juga, penyedia perkhidmatan perkongsian media dan fail tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan cuma tak lamalah. Kebanyakkannya tidak mempunyai komputer yang sesuai untuk menjadi server.

Oleh yang demikian kalau nak menjenguk tempat tempat pelajar UMP berlepak, silalah ke umplife