Salam ramadhan kepada semua pembaca diluar sana. Semoga semuanya sihat sentiasa didalam bulan ramadhan yang mulia ini dan dapat meneruskan ibadah yang mulia dengan penuh kesungguhan dan kesempurnaan. Kepada yang sakit, segera berjumpa doktor dan kepada yang lain, puasalah dengan sepenuh hati dan sepenuh hari….hehehehe

Sesungguhnya dalam banyak banyak bulan, bulan Ramadhan adalah bulan yang terdapat paling banyak rahmat Allah didalamnya. Didalam bulan ini, kita boleh lihat beberapa peristiwa besar yang berlaku sebagai contoh Malam Qadar atau Lailatul Qadar dan penurunan ayat pertama Al-Quran. Tapi sebelum itu, kita lihat firman Allah yang bermaksud:

“ Wahai orang orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang orang sebelum kamu, supaya kamu lebih bertaqwa”

(albaqarah:183)

Ayat diatas jelas sekali menunjukkan ibadah puasa adalah berterusan dari dahulu sebelum umat nabi Muhammad dan ianya terus kepada kita kini. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan oleh saintis mengenai puasa dan mendapati bukan kesan buruk yang dihadapi malah kesan lebih baik berbanding sebelumnya.

“Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. “

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

Kalau kita lihat hadis diatas, menunjukkan bahawa berpuasa adalah merupakan suatu pemberian Allah kepada kita untuk dijalankan dan amalan itu dilakukan adalah kerana perintahNya serta rahmatNya yang begitu luas.

Sabda nabi:

“ Apabila datangnya Ramadhan itu, pintu pintu syurga akan terbuka seluas luasnya, Pintu neraka akan ditutup serapat rapatnya dan syaitan syaitan akan dirantai.”

Lihat betapa pemurahnya dan kasihnya Allah swt kepada kita sebagai hambanya? Apakah kita masih memikirkan kemalasan melakukan ibadah puasa padahal begitu banyak segala kelebihan dan kerahmatan yang Allah berikan kepada hambanya?

Antara kelebihan dibulan puasa ialah

1.  Malam Al-Qadar [lailatul qadar] dimana malam ini lebih baik daripada 1000 bulan.

2. Bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran yang mulia.

3.  Bulan yang dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka.

4.  Bulan dimana tiadanya syaitan syaitan bermaharajalela.

5.  Bulan dimana pahala diatas amalan yang dilakukan dilipat gandakan dengan banyak.

Jadi kepada semua, ambillah peluang bulan Ramadhan kali ini beribadat seikhlas dan sebanyak mungkin. Kita tidak perjalanan hidup kita dan mungkin esok lusa kita menyahut panggilanNya. Oleh itu mari kita meriahkan Ramadhan ini dengan pelbagai ibadah wajib dan sunat. Wallahua’lam.

p/s: tak sabar nak balik rumah nak makan bersama keluarga tercinta.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , ,

Satu Kata


  1. […] Kalam Jumaat – Kelebihan Ramadhan […]


Apa yang nak di kata?