Salam kepada semua pembaca diluar sana. Harap semuanya berada didalam lingkungan perlindungan Allah swt dari segala bala bencana dan sakit serta kekurangan. Cukuplah Allah menjadi perlindung dan mencukupkan segala sesuatu untuk kita.

Ramadhan Al-Mubarak

Bulan ramadhan atau bulan puasa datang kembali. Dan seperti biasa akan wujudlah disekitar taman taman perumahan bazar bazar yang menjual pelbagai makanan, minuman, kuih muih, kurma dan sebagainya. Bagus kalau sesetengah dari kita berniaga tetapi jangan sampai kita sebagai pembeli membeli mengkhinzir buta sehingga berlakunya pembaziran.

Harapnye ramadhan kali ini lebih baik berbanding ramadhan sebelum ini…. Banyakkanlah amalan semasa di bulan ramadhan ini nanti…. Dan berdoalah agar kita di jauhkan bala, kesihatan yang baik dan dipermudahkan kehidupan kita didunia ini.

Sedikit info perihal ramadhan:

Dalil Al-quran;

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (2: 183)

Dalam ayat diatas menjelaskan hukum berpuasa adalah wajib bagi kita seperti Allah telah mewajibkan puasa itu keatas kaum kaum yang terdahulu daripada kita.

Niat puasa:

???????? ?????? ???? ???? ??????? ?????? ????????? ?????? ????????? ??????? ????????

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

Perkara membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Rasanya cukup sampai sini berbicara pasal puasa. Lepas ni kita berbicara pasal zakat pula.

p/s: Selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. Diharap semuanya berpuasa penuh satu bulan.

sumber rujukan: wikipedia

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , ,

Apa yang nak di kata?