Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harap semuanya dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan penuh ketaatan serta dipenuhkan dengan pelbagai amalan yang baik lagi berguna. Kepada yang sakit, demam, dan sebagainya silalah berjumpa dengan doktor dalam kadar yang segera agar tubuh itu sihat dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh sempurna.
Biasanya bila tibabulan puasa, mulalah wujudnya pelbagai bazaar bazaar ramadhan dikawasan persekitaran kawasan perumahan kita. Tak kiralah kecil atau besarnya bazaar ramadhan itu, ianya tetap menyediakan pelbagai juadah dan pilihan untuk kita makan dikala tibanya waktu berbuka. Tetapi ingat membeli itu menggunakan akal dan hati, bukan menurut nafsu semata mata, nanti membazir. Ingat pesan opah dalam cerita upin dan ipin, ” tuhan tak suka orang membazir ini.” Heheheh
Dan perkara yang dapat dilakukan waktu bulan puasa ini tak lain tak bukan adalah berbuka bersama rakan rakan tak kira rakan universiti ke, rakan tempat kerja dan sebagainya. Sememangnya kalau berbuka di rumah bersama keluarga memang seronok tetapi bagi rakan rakan yang jauh dengan famili tu, kalau buka dengan kawan kawan lain memang seronok juga.
Semasa UJ di UMP dulu, UJ pernah bersama beberapa kawan kawan UJ berbuka diluar beramai ramai. Tetapi saat paling best adalah berbuka di hadapan Masjid negeri Pahang. Memang “happening” dan seronok dengan ramainya orang ketika itu dan keadaan yang pelbagai ragam sama ada dengan famili atau kawan kawan atau pakwe dan makwe(ini UJ takleh nak kata lebih2… hehehe)
Jadi untuk tahun ini adalah kawan UJ suruh buat rancangan untuk berbuka puasa bersama sama tapi masih tak tahu lagi nak buat kat mana. Tidak mengapalah, ianya akan difikirkan kemudian hari. Oleh itu, selamat berpuasa semua dan selamat berbuka puasa untuk hari kedua ini…. heheheh
p/s: Kat mana nak buka puasa ni wan, anep???