Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana. Semoga semuanya sihat sihat belaka dan berada dalam kehidupan yang diwarnai dengan keceriaan dan kegembiraan. Bagi mereka yang sakit atau ada tanda nak sakit, pergilah ke klinik atau ke hospital untuk didiagnos. Semoga cepat sembuh nanti.
Cerita hari ini UJ nak kongsikan kehidupan UJ sebagai Mahasiswa UMP. Dalam diam dah hampir 4 tahun da dan tak lama lagi nak melakukan LI atau latihan industri ataupun praktikal bahasa pasarnya. Mari kita lihat perjalanannya.
Semuanya bermula selepas tamat belajar di matrikulasi atau lebih spesifiknya di KMNS. Dalam menunggu keputusan kemasukkan ke universiti, UJ menolong emak dan ayah UJ duduk di warung burger.
Akhirnya keluar dalam paper dan televisyen pasal keputusan kemasukkan ke Universiti untuk pemohonan bagi matrikulasi dan setaraf telah dikeluarkan. Ketika tu UJ masih berada di warung. Disebabkan UJ da berpindah agak jauh(rumah baru) UJ menggunakan handphone untuk menyemak kemasukkan sama ada dapat atau tidak pilihan UJ. Yelah dengan pointer 0.01 kurang dari tiga, apa yang kita boleh expect kan?? Baca Seterusnya »

