Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana. Semoga semuanya sihat sihat belaka dan berada dalam kehidupan yang diwarnai dengan keceriaan dan kegembiraan. Bagi mereka yang sakit atau ada tanda nak sakit, pergilah ke klinik atau ke hospital untuk didiagnos. Semoga cepat sembuh nanti.

Cerita hari ini UJ nak kongsikan kehidupan UJ sebagai Mahasiswa UMP. Dalam diam dah hampir 4 tahun da dan tak lama lagi nak melakukan LI atau latihan industri ataupun praktikal bahasa pasarnya. Mari kita lihat perjalanannya.

Semuanya bermula selepas tamat belajar di matrikulasi atau lebih spesifiknya di KMNS. Dalam menunggu keputusan kemasukkan ke universiti, UJ menolong emak dan ayah UJ duduk di warung burger.

Akhirnya keluar dalam paper dan televisyen pasal keputusan kemasukkan ke Universiti untuk pemohonan bagi matrikulasi dan setaraf telah dikeluarkan. Ketika tu UJ masih berada di warung. Disebabkan UJ da berpindah agak jauh(rumah baru) UJ menggunakan handphone untuk menyemak kemasukkan sama ada dapat atau tidak pilihan UJ. Yelah dengan pointer 0.01 kurang dari tiga, apa yang kita boleh expect kan??

Akhirnya UJ berjaya mendapatkan pilihan pertama di UMP [sebenarnya pada masa tu sape letak universiti teknikal pasti akan dapat.] Jadi berita tu UJ sampaikan kepada semua. Balik jer rumah terus masuk ke laman web UMP dan download semua surat dan contoh buku buku pendaftaran. Disamping itu juga mencarilah gambar UMP tapi satu gambar pun takde. Dalam seminggu, surat rasmi beserta buku pendaftaran daripada UMP sampailah. Semuanya UJ kene buat dari buka buku akaun bank islam sehinggalah mengisi permohonan online PTPTN [baru sahaja dilancarkan]

Oklah terus kepada saat UJ masuk universiti. Di UMP, bila pelajar baru masuk akan dilakukan perkara yang dipanggil MINDS atau minggu induksi siswa. Ianya dilakukan untuk mengenalkan pelajar kepada struktur universiti, ahlinya dan pelbagai hal yang lain. [makan free…hehehehe] Program ini berjalan selama seminggu dan pelajar kanan kecuali fasilitator tidak dibenarkan berada di UMP pada waktu ini.

Pelajar mendengar ucapan MINDS

Masa UJ MINDS, ianya adalah istimewa sikit kerana ketika ini batch 07/08 telah dibawak menaiki bas rasanya sebanyak 30 buah kot pergi ke Pekan untuk perasmian dan majlis kenduri rakyat yang dilakukan oleh perdana menteri kita sekarang iaitu Datuk Najib. So adalah sedikit gambar.

Majlis perasmian pembinaan UMP pekan

Tiang asas UMP Pekan. Tak tahulah sama ada FKM atau FKEE nyer...

Suasana selepas tamat perasmian... Masa ni pergi ambil makanan...

Masa minds tu jugak, UJ terlibat dengan drama semasa acara penutup minds nanti. Adalah diantara gambar pelakon yang UJ ambil rupanya classmate dan seterusnya yang lain dapat berkenalan dengan lebih lanjut. Contoh macam izwan, UJ tak tahu pun sekelas masa tu..hehehe

En. Izwan, salah seorang pelakon masa minds dulu dan rupanya classmate UJ...hehehe (Muda kan...heheh)

Muka dia sekarang boleh tengok kat sini

Malam penutup MINDS

Selepas itu, dalam beberapa bulan duduk di UMP, UJ telah membeli komputer desktop untuk memudahkan kerja kerja nanti. Seronok bukan main masa ni.

Komputer Pertama UJ

Komputer baru dengan skrin lebih besar....

Ini pula semasa pilihanraya universiti. UJ just sibuk ngan roommate UJ untuk tolong letak poster di dalam UMP.

”]

Selepas tu, adalah satu forum yang tak rasmi ump diberi nama e-ump. Dekat dalam ni pernah duduk bincang pasal ayam diastaka, dan UJ telah berjaya menangkap gambar ayam tersebut.

Ada ayam kat situ...hehehee

Seterusnya, kali pertama UJ duduk di KK2 bukanlah semasa tahun 2 tetapi sebulan lebih awal iaitu semasa UJ menjadi secretariat expoconco UMP. Seronok masa tu duduk kat rumah KK2 tetapi bila keputusan rumah dikeluarkan, duduk lagi belakang iaitu dekat N19.

KK2 semasa UJ datang untuk menjalankan tugas untuk expoconvo kali ke-3.

Masuk tahun 3, UMP pekan sudah siap tetapi masih ada hal hal kecik menyebabkan FKM dan FKEE terpaksa belajar dimana mana kelas yang kosong. Masa ni juga rumah kami yang dulunya bersebelahan telah terpisah. UJ juga gunakan kereta wira abang UJ.

Cadangan cat fakulti FKM... Realiti biasa jer...

Kereta Wira ni UJ pakai..

Akhirnya pembelajaran boleh dilakukan dipekan tetapi kene naik bas. Masa ni lah banyak rungutan diterima kerana bas yang disediakan kuranglah memuaskan semua pelajar. Hari pertama ke pekan, kami tidak dapat pergi kerana jadual bas tidak anjal menyebabkan sesetengah student yang terlepas bas pagi tadi mengambil giliran bas pada waktu berikutnya dan menyebabkan yang sepatutnya naik/pergi terpaksa ponteng kelas. Esok baru dapat Ke Pekan.

Jadual bas ke pekan...

Kami menunggu kot kot ada bas datang ke... tetapi hampa, takde bas..

”]

Bangunan FKM dari pondok bas.

Akhir sekali, sekarang tahun 4, dapat duduk di KK5 yang bertempat di pekan. KK5 ni juga pembinaannya dibuat dengan cepat dan designnya tidak secantik mana dan kalau hujan, tak tempias bukan kk5 la tu…hehehe

KK5 dalam proses pembinaan setahun yang lalu...

”]Walaupun duduk di KK5, masa taklimat LI hari tu terpaksa pergi ke Gambang. Astaka sudah berubah menjadi cantik. Tengoklah gambar nya.

Astaka dari bahagian luar...

Astaka bahagian dalam.. Yang kekal adalah pentas rasanya...

Bezakan dengan yang dulu....

Itu sahajalah kisah kisah UJ menjadi pelajar UMP sehingga sekarang… Sekarang ni tunggu masa untuk habiskan baki yang tertinggal untuk sampai masa graduat…

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , ,

Apa yang nak di kata?