The journeys continue…

Sambungan kembara Terengganu. Bumi Terengganu yang didatangi oleh 20 orang kanak kanak riang M02 sudah semakin hampir kepada penghujungnya. Dalam diam, hari ahad pun tiba dan pada hari ahad ini tidak banyak aktiviti yang dibuat kerana semalam, aktiviti berbabeku habis sekitar pukul 4 pagi.

Sebelum balik, aktiviti mengambil gambar antara semua pelajar M02 didepan rumah en. pijie. Pelbagai aksi menarik dapat ditangkap dan seterusnya en. pijie dan keluarganya sekali.

Selesai sahaja sesi bergambar, semua bersiap untuk balik. Tapi sebelum balik kena berjalan jalan sikit. Jalan jalan yang sikit tu menjadi panjang kerana masing masing ntah hilang kemana mana membeli barangan masing masing. Hehehe.

Oleh kerana peristiwa “kehilangan” diri semasa membeli barangan di Pasar Payang, beberapa kereta telah menunggu semula di masjid terapung untuk memudahkan urusan konvoi bersama sama. Di sini, UJ dan teman teman lain mengadakan sesi bergambar sebab cuaca pun elok dan pemandangan pon cantik. Rugi kalau melepaskan peluang.

Lebih kurang pukul 6, baru 2 biji kereta tiba dan mula bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, pelbagai juadah dibeli ditepi tepi jalan Terengganu seperti keropok lekor, satar dan sebagainya.

Dalam perjalanan pulang, hujan turun sangat lebat sehingga jalan pun tak nampak, tapi tidak berlaku apa apa sebab bawak perlahan jer. Oleh kerana kebanyakkannya tidak makan tengah hari, kami berhenti di sebuah restoran di sepanjang jalan Terengganu. Kalau tengok pada makanannya dan harganya boleh tahan mahal dan macam tak sedap er. Tapi sebab da lapar, dorang semua makan jelah. Masa tu perjalanan berbaki 70km untuk ke kuantan.

Tiba di UMP sekitar pukul 12 tgh malam. Kesemuanya ditahan didepan pondok pengawal dan diambil nama. Itu sahajalah kisah pengembaraan Kanak Kanak Riang M02. Kisah ini akan bersambung pada masa akan datang dengan cerita yang lebih menarik dan mencabar.

Sesi bergambar beramai ramai.

Kepada sesiapa diluar sana, Inilah muka muka bapa mithali...hehehehe

Jelas terpampang kemithalian seorang "bapa"...heheheh

Suasana dipasar payang.

Nampaknya ada pembagunan di sini. Mungkinkah itu adalah restoran???

Masjid Terapung waktu siang... Mengamit minda...

Calon Imam muda nih...hehehe tak pun sape nak jadikan calon suami atau menantu pon boleh.

Sejuk perut mak... Kalau anak anaknya duduk bersama berbincang... heheh

En Omar bergaya semasa perjalanan pulang dari KT...

Indah sungguh ciptaan tuhan

”]Kanak Kanak Riang M02 the series : Pengembaraan M02 ke Terengganu tamat. Ianya akan bersambuang dengan cerita cerita yang lain pula. Assalamualaikum semua.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , ,

Apa yang nak di kata?