Kembara M02 diteruskan lagi dengan aktiviti bermain futsal di Pusat sukan yang terletak berdekatan dengan rumah en. pijie. Boleh dikatakan semua orang menyertainya kecuali Jen kerana patah kaki sebelum ini [kene cuti setahun daripada aktiviti yang melibatkan penggunaan kaki secara berat.] dan UJ ni yang tak pernah main futsal mahupun bola juga turut serta.

Lebih kurang pukul 11.45 malam, lima biji kereta menyusuri jalan di sekitar KT menuju ke tempat yang dijanjikan untuk bermain futsal. Setibanya disana, kami masih belum boleh bermain kerana masih ada team lagi didalam gelanggang futsal. Setelah menunggu hampir 15 minit, barulah M02 and the geng dapat menyepak bola dengan gembiranya. UJ hanya jadi goal keeper pada permulaannya sebelum menjadi defense. Kaki ni masih belum lembut dan mata belum pantas nak curi bola daripada orang lain…hehehehe.

Permainan tamat sekitar pukul 3 dan seterusnya kami pergi ke kedai makan untuk minum minum dan biasalah malam hujung minggu. Adalah aktiviti membazir masa dan mencemar alam yang dilakukan bukan segelintir tapi banyak juga mat mat motor. Berkonvoi kesana kemari. Hehehe.

Habis minum kami semua balik dan tidur sekitar pukul 4 pagi.

Pada keesokkan harinya, Pijie, Jen, Afnan dan UJ pergi ke Mydin untuk membeli barang yang diperlukan untuk aktiviti malam ini. Apa aktivitinya. Tunggu ceritanya nanti. Budak budak yang lain pergi berjalan jalan dan kebanyakkan mereka pergi ke pasar payang untuk membeli makanan, cenderahati dan sebagainya.

Selepas UJ menyiapkan bahan bahan untuk malam ini, kawan kawan yang lain semuanya baru pulang dari berjalan jalan disekitar Terengganu dan di arah bersiap untuk berkunjung ke rumah atuk Hazmie atau jemi. Dia menjemput untuk menziarah dan selain itu makan la apa lagi. Hehehe. Terima kasih tau jemi kerana ajak kami makan. Sedap juadah yang disediakan.

Seterusnya aktiviti tambahan ialah melawat rumah awek mat top plak. Disini pon makan lagi. Asyik makan jer, bila nak kurus tak tahulah. Hahahah. Kepada mat top dan aweknya sekeluarga, sekalung terima kasih UJ ucapkan kerana menyediakan makanan yang sedap sedap. Heheheh.

Aktiviti selanjutnya pasukan kembara diteruskan setelah jam menunjukkan pukul 10.30 tetapi berlaku delay sedikit sebab UJ dan rakan rakan lain sedang menonton perlawan bola sepak antara Terengganu dan Selangor. Aktiviti ini dilakukan di kawasan pantai ‘airport’ menurut tuan rumah. Sebelum tibanya dipantai ini, perjalan disajikan dengan pemandangan peristiwa yang pernah berlaku dulu iaitu stadium yang runtuh tu.

Aktiviti ini ialah aktiviti berBBQ bersama sama. Biasalah malam malam hujung minggu dengan rakan rakan. Penat jugaklah UJ basuh ayam pada waktu siangnya. Hehehe. Semuanya berjalan lancar dan seronok berpesta. Hehehehe.

Itu sahajala setakat ini. Ikuti sambungannya esok.

Gambar-gambar…

Semua tengah dok menunggu bila dapat main ni....

Futsal time...

Zaim menjadi keeper...

Tendang, mat top... jangan tak tendang...hehehehe

Sebahagian penonton...Tersenyum tuan rumah kita...hehehe

Sebahagian penonton yang lain....

Sebelum balik, ambil gambar padang yang kosong....

Kesembilanbelasan M02...hehehe

Pergi berjalan di Rumah Atuk Jemi.

Sampai2 je terus minum en.sunil tu...hehehe

Ntah apa yang digosipkan mereka ni...:-P

Bergambar sebelum balik dan kerumah awek Mat top plak...hehehe

Sesi makan yang kedua di rumah awek mat top..

Inilah yang dimakan di rumah awek mat top

Ala ala... comel nye senyum...

Bergambar sebelum balik ke rumah pijie

Aktivit Malam Minggu… Barbeku di tepi pantai…

Sesi panggang ayam bermula...

Sekor duk tunggu ayam panggang dengan penuh kesabaran...

Sesi memanggang still dalam perjalanan...

Kipas jangan tak kipas... nanti mati plak bara tu...hehehehe

en. wan dgn sebahagian ayam yang telah masak.... Lepas ni boleh jadi model plak..

”]

Akhirnya mereka yang sabar menunggu terbongkang jua...hahaha

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,

Apa yang nak di kata?