• Home
  • About
  • Kaunter Pertanyaan
  • UMPlife Forum

kibotnmos

Dimana Klik dan kekunci tidak dapat dipisahkan.

  • Berita Semasa
  • Hiburan
    • Klakar
    • Muve dan Drama
  • Hidup UJ
    • Kanak2 Riang M02
  • Islam
    • Al-Quran dan Sains
    • Bicara Agama
    • Bicara Hadis
    • Kalam Jumaat
    • Utusan Terakhir – Muhammad SAW
  • Komputer dan Teknologi
    • Hardware
    • Internet
  • Sastera
    • Cerpen
    • Novel
    • Puisi
  • SRTB
  • UMP
    • Dunia Pelajar
    • Peristiwa Universiti
    • UMP_Sharing
  • 01
    Feb

    Bicara Hadis – Syubahat dan Hati


    Sambungan untuk koleksi hadis 40. Untuk minggu ini, hadis ini berkaitan dengan perkara syubahat dan perkara lain berkaitan hati.

    Hadis:

    “Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.”

    Baca Seterusnya »

    Filed under - Bicara Hadis Tiada Komen setakat ini. Apa kata anda tambah??

  • 30
    Jan

    Kisah Hidup Nabi Muhammad (ep19)


    Kemudian mengalirlah dalam memori Nabi saw suatu arus dari gambar- gambar hidup: bagaimana saat beliau memasuki Madinah. Lewatlah di hadapan akal beberapa memori dan nostalgia: bagaimana wahyu yang turun kepadanya dengan membawa risalah di gua Hira, kemudian berubahlah pandangan dan bertiuplah angin kebencian kepadanya, bahkan angin itu membawa pasir-pasir tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke wajah suci beliau. Beliau berdiri sambil tersenyum dan hatinya dipenuhi dengan kesedihan di hadapan gelombang gurun dan kesendirian serta badai kesengsaraan. “Wahai manusia, tiada Tuhan selain Allah SWT. Demikianlah kalimat yang beliau katakan. Meskipun kalimat itu tampak sederhana namun ia mampu membangkitkan dunia. Dan bergeraklah patung-patung yang begitu banyak yang memenuhi kehidupan dan mereka membekali dirinya dengan kegelapan dan kebencian yang dialamatkan kepada sang Nabi. Para pembesar. para penguasa, wang, emas, serta kebencian dan kedengkian syaitan yang klasik dan banyaknya orang-orang munafik, semua ini menjadi musuh nyata sang Nabi pada saat beliau mengatakan “tiada Tuhan selain Allah SWT.” Nabi mengingat kembali Waraqah bin Nofel ketika menceritakan kepadanya apa yang terjadi dan apa yang dialami beliau di gua Hira. Tidakkah ia mengatakan kepadanya bahawa kaumnya akan mengusirnya?

    pic hosted @ electromagnet.photobucket

    Baca Seterusnya »

    Filed under - Utusan Terakhir - Muhammad SAW Tiada Komen setakat ini. Apa kata anda tambah??

  • 29
    Jan

    Minggu ini macam macam ada.


    Hari rabu lepas, UJ telah mendapat beberapa biji benih yang dibeli daripada blog tanamsendiri. Selain daripada biji benih yang UJ beli, pemilik blog, encik Iskandar juga turut memberi beberapa biji benih percuma antaranya benih timun(benih yang diberi bagi bulan januari), kobis cina, lobak putih dan tambahan kailan(UJ beli satu pek, en. iskandar tambah lagi satu). Semoga atas pemberian tanamsendiri dapat menambahkan lagi bilangan pokok dibelakang rumah. Terima kasih kepada en. Iskandar atas pemberian benih itu.

    Dapat surat. Mesti dalam ni ada benda best

    Wah, biji benih dan surat!

    Jumlah biji benih yang dapat dan isi kandungan surat.

    Baca Seterusnya »

    Filed under - Hidup UJ Tiada Komen setakat ini. Apa kata anda tambah??

Previous Posts

  • Jan 24, 2012

    2 Komen

    Cuti Masa Untuk Berjalan.

    Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harap semuanya sihat sihat belaka. Harapnya pada yang sudah ada tanda tanda untuk mendapat penyakit, jangan lambat menuju ke rumah sakit, klinik mahupun hospital tidak kiralah kerajaan ataupun swasta. Semoga cepat sembuh UJ doakan. Sebelum bercerita lebih panjang, UJ ingin mengucapkan selamat tahun baru china kepada semua orang...

  • Jan 23, 2012

    Tiada Komen

    Kisah Hidup Nabi Muhammad (ep18)

    Sambungan Minggu Lepas… Nabi tersenyum dan beliau mengatakan kalimat-kalimat yang justru menekankan bahawa ikatan akidah lebih kuat daripada ikatan darah. Beliau berkata: “Tetapi darah adalah darah dan kehancuran adalah kehancuran. Aku dari kalian dan kalian dariku aku akan memerangi orang-orang yang kalian perangi dan aku akan berdamai dengan orang- orang yang kalian berdamai dengan mereka.”...


RSS Feed

Subscribe to feed
get the latest updates!



    • Recent
    • Comments
    • Tags
    • 2013 – Sinar baru bagi diri ini
    • Kisah Hidup Nabi Muhammad (Ep 24)
    • Bicara Agama: Wanita boleh bersama kumpulan dipercayai.
    • Hasil Taman Sayur.
    • Kisah Hidup Nabi Muhammad (Ep 23)
    agama alquran amalan api kemarahan bicara agama blog cerita chuck drama ftp hadis hadis 40 hosting ibadah iman internet islam Jalan jalan kad grafik kisah nabi kisah nabi muhammad latihan industri LI m02 mahasiswa ump mekanikal automotif 07/08 mekanikal automotif ump muhammad nabi nabi muhammad novel nVidia pelajar puasa ramadhan sahabat sains solat streamyx syaitan tanaman tanam sendiri Terengganu tv series UMP
  • Advertisements

    imageimage
  • Top Commentators

    • Be the first to comment.

kibotnmos © 2025. All rights reserved.
A quality product by KreativeThemes