• Home
  • About
  • Kaunter Pertanyaan
  • UMPlife Forum

kibotnmos

Dimana Klik dan kekunci tidak dapat dipisahkan.

  • Berita Semasa
  • Hiburan
    • Klakar
    • Muve dan Drama
  • Hidup UJ
    • Kanak2 Riang M02
  • Islam
    • Al-Quran dan Sains
    • Bicara Agama
    • Bicara Hadis
    • Kalam Jumaat
    • Utusan Terakhir – Muhammad SAW
  • Komputer dan Teknologi
    • Hardware
    • Internet
  • Sastera
    • Cerpen
    • Novel
    • Puisi
  • SRTB
  • UMP
    • Dunia Pelajar
    • Peristiwa Universiti
    • UMP_Sharing
  • 26
    Apr

    Bicara Agama – Makan Masakan Pondan


    Salam 1Malaysia kepada semua pembaca. Untuk ruangan soal jawab bicara agama kali ini, UJ cuba menggunakan pendekatan baharu iaitu menggunakan video. Video soal jawab diambil daripada youtube dan ustaz pilihan adalah Ustaz Azhar Idrus yang memang semua sudah kenal, kan? Jadi untuk beberapa episod soal jawab akan datang akan diselang selikan dengan ustaz azhar idrus, ustaz kazim elias, ustaz don dan lain lain lagi ustaz mahupun ustazah.

    Video kali ini, Hukum Memakan Masakan Pondan.

     

    Sekian.

    Filed under - Bicara Agama Tiada Komen setakat ini. Apa kata anda tambah??

  • 13
    Apr

    Kasihan dia, satu bulan kena tinggal~~~…


    Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harapnya semua sihat walafiat disamping keluarga tersayang. Walaupun sesetengahnya mungkin berada jauh dimata, tetapi biarlah dekat dihati serta dekat ditangan, mulut dan telinga telefon tu. Heheh. Kepada yang sakit, atau bakal mendapat sakit, bolehlah mengunjungkan diri itu ke rumah sakit atau pun klinik mahupun hospital.

    Lama sudah UJ tidak bercerita. Padahal duduk rumah bukan buat apa. Duduk bersahaja kecuali waktu petang melihat tanaman yang UJ usahakan. Hmm. Memang UJ tidak bersemangat nampaknya untuk mengongsikan coretan, catatan, ilmu mahupun sambungan kisah kisah yang berlaku saban hari. Tapi takpelah, kita tolak tepi dan buat pembaharuan untuk kali ini.

    Kita imbas cerita yang boleh dikatakan hangat minggu ini iaitu pertabalan YDP Agong ke 14 iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bagi penggal 2012-2017. Semoga Malaysia aman dan damai dibawah payung naungan Tuanku. Seterusnya boleh dikatakan pada hari yang sama, berlaku satu gempa bumi yang magnitud pada 8.5 pada skala Richter yang berada pada garisan gelinciran di luar pesisir pantai kepulauan sumatra. Syukur Alhamdulillah, gempa bumi ini tidak menyebabkan bala yang lebih besar dan yang paling ditakuti oleh orang ramai iaitu ombak tsunami yang mana boleh menyebabkan banyak negara boleh mengalami kemusnahan teruk dalam masa yang singkat.

    Apa apa pun sekiranya kita sebagai orang Islam, wajar kita mengambil iktibar daripada bala yang Allah timpakan keatas kita. Gempa bumi tersebut menjadi peringatan kepada kita yang sering alpa dan begitu asyik mengejar duniawi semata mata.

    Rasanya sampai disini sahajalah celoteh UJ. Sambung lain kali pula.

    p/s: Lepas ni kena rajin mengupdate blog ni…

    Filed under - Hidup UJ Tiada Komen setakat ini. Apa kata anda tambah??

  • 06
    Feb

    Kenduri Kahwin Rakan Sekolah


    Tengah hari semalam UJ telah pergi ke kenduri kahwin rakan sekolah UJ semasa tingkatan 1-3. Nampaknya ada 2 orang rakan UJ dah kahwin dan UJ berkunjung ke rumah mereka. Ada juga yang lain mungkin dah kahwin, cuma mungkin UJ tak tahu sebab dah terputus hubungan hubungan barangkali. Dan yang kahwin ni kebanyakkan perempuan. Memang kaum perempuan memang selalu kahwin awal agaknya.

    Sebelum berkunjung, UJ berjumpa dengan sahabat lama UJ yang bernama Raedi di Masjid. Solat dulu sebelum berkunjung ke rumah pengantin. Dan akhirnya selepas selesai solat berkunjunglah kerumah pengantin.

    Dekat rumah penganti berjumpa lagi dengan rakan rakan yang lain berserta “junior” semasa berada di SMI Hira’. Memang lupa langsung nama mereka ini. Hehehe. Memang tak ingat sebab selalu lupa kalau betul kurang masa bersama atau tiada simpanan tetap dalam memori. Ada beberapa orang sahaja yang memang sekejap sahaja jumpa terus ingat sampai sekarang.

    Apa apa pun tahniah kepada rakan UJ kerana telah mendirikan rumah tangga. Semoga Allah merahmati kehidupan rumah tangga anda.

     

    Filed under - Hidup UJ Tiada Komen setakat ini. Apa kata anda tambah??

Previous Posts

  • Feb 06, 2012

    Tiada Komen

    Susah juga menjawab periksa.

    Sabtu lepas, UJ telah menghadiri peperiksaan awam yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bagi Skim Kemasukkan Penguasa Kastam. Sebenarnya UJ ingin melihat bagaimana sistem yang dijalankan oleh SPA dalam peperiksaan mereka. Setelah menjalaninya barulah mengetahui dan merasai bagaimana...

  • Feb 06, 2012

    1 Komen

    Bicara Agama – Umat Islam haram simpan patung perhiasan

    Soalan: KITA sememangnya diketahui tidak boleh menyimpan patung berbentuk manusia atau binatang dalam rumah. Bagaimana pula dengan replika robot pelbagai saiz yang menjadi kegilaan baik anak kecil mahu pun orang dewasa? HUZN...


RSS Feed

Subscribe to feed
get the latest updates!



    • Recent
    • Comments
    • Tags
    • 2013 – Sinar baru bagi diri ini
    • Kisah Hidup Nabi Muhammad (Ep 24)
    • Bicara Agama: Wanita boleh bersama kumpulan dipercayai.
    • Hasil Taman Sayur.
    • Kisah Hidup Nabi Muhammad (Ep 23)
    agama alquran amalan api kemarahan bicara agama blog cerita chuck drama ftp hadis hadis 40 hosting ibadah iman internet islam Jalan jalan kad grafik kisah nabi kisah nabi muhammad latihan industri LI m02 mahasiswa ump mekanikal automotif 07/08 mekanikal automotif ump muhammad nabi nabi muhammad novel nVidia pelajar puasa ramadhan sahabat sains solat streamyx syaitan tanaman tanam sendiri Terengganu tv series UMP
  • Advertisements

    imageimage
  • Top Commentators

    • Be the first to comment.

kibotnmos © 2025. All rights reserved.
A quality product by KreativeThemes