Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Moga berada dalam kesihatan yang baik, dalam lindungan Allah dan masih dapat menunaikan amanahNya tanpa gangguan. Bagi sesiapa yang mulai rasa kebas kebas dimana mana anggota badan [bukan disebabkan tak gerak lama seperti duduk], atau rasa pening pening, segeralah jumpa doktor. Mana tahu ada penyakit yang mula nak menyerang…
Kali ini entri lain sikit. Kalau tengok tajuk memang tengok UJ memang tak puas hati pada sestengah orang yang memang pandai dalam bidang mereka sendiri tetapi bila buat kerja, amat teruk sekali. Memang terus terang menunjukkan kebodohan sendiri. Sebelum itu UJ nak mintak maaf sangat sangat kalau ada yang terguris hati nanti. UJ cuma tegur, dan sila ambil sebagai pengajaran untuk masa depan. Apa agaknya yang UJ nak merepek ni kan… hehehe. Sebenarnya entri ini lebih kepada luahan isi hati UJ saja yang selalu tidak puas hati dengan sesetengah perkara yang rasanya tidak patut dilakukan sedemikian oleh orang yang terpelajar mahupun yang mempunyai akal.

Marah amat bahaya, boleh rosak fikiran dan anggota badan.

