Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Moga berada dalam kesihatan yang baik, dalam lindungan Allah dan masih dapat menunaikan amanahNya tanpa gangguan. Bagi sesiapa yang mulai rasa kebas kebas dimana mana anggota badan [bukan disebabkan tak gerak lama seperti duduk], atau rasa pening pening, segeralah jumpa doktor. Mana tahu ada penyakit yang mula nak menyerang…

Kali ini entri lain sikit. Kalau tengok tajuk memang tengok UJ memang tak puas hati pada sestengah orang yang memang pandai dalam bidang mereka sendiri tetapi bila buat kerja, amat teruk sekali. Memang terus terang menunjukkan kebodohan sendiri. Sebelum itu UJ nak mintak maaf sangat sangat kalau ada yang terguris hati nanti. UJ cuma tegur, dan sila ambil sebagai pengajaran untuk masa depan. Apa agaknya yang UJ nak merepek ni kan… hehehe. Sebenarnya entri ini lebih kepada luahan isi hati UJ saja yang selalu tidak puas hati dengan sesetengah perkara yang rasanya tidak patut dilakukan sedemikian oleh orang yang terpelajar mahupun yang mempunyai akal.

Marah amat bahaya, boleh rosak fikiran dan anggota badan.

Dalam UJ duduk cakap cakap pasal ketidakpuas hatian UJ kadang kadang terfikir juga boleh dapat sakit jantung lama lama kalau asyik dok fikir masalah yang bukannya mempengaruhi hidup UJ dengan besar sekali pun, tapi sebagai seorang rakyat dan pengguna, UJ memang suka komplain… hehehehe.

Jadi sesuai sangat dengan tajuk ini iaitu bodoh dalam pandai, bukan orang pandai berlagak jadi bodoh, tetapi disini, pandai tu bermaksud orang yang terpelajar dalam bidang sendiri seperti jurutera dan bodohnya sebab tak reti guna ilmu yang dibelajar tu atau pun memang tak guna akal semasa buat kerja.

Inilah diantara hal hal yang UJ tengok kat UMP. Sebab benda ni berlaku kat UMP lebih lebih algi dekat asrama. Antara perkara yang UJ asyik bisingkan ialah:

1.  Parking kereta. Tak tahu siapa patut dipersalahkan, pelukis pelan ke, orang atasan ke, arkitek ke tapi kesemuanya macam tak gunakan akal atau istilah kasarnya bodoh betul. Kalau ikut logik la, kita buat kawasan kediaman sudah tentulah memerlukan parking yang banyak, kalau malas pun sekitar 50% pun cukup, tapi taka da ke patut buat parking cuma 10% untuk blok UJ dan blok c tak pasti tapi dalam 30 camtulah. Kita hidup zaman ekonomi rancak, fikirlah semua keluarga sekarang mampu beli kereta 50k sekurang kurangnya 2 biji. Ini bukan zaman 80-an yang mana nak beli kereta pun tak mampu. Padahal kawasan punyalah luas. Sebab tu UJ pelik sapa punya idealah yang melukis dan melakar pelan kolej kediaman ni.

2. Kafe. Alahai, amat malang sekali. Sudah kecik, kafe yang ada sikit pula tu. Lepas tu cuma ada dua penyedia makanan, yang ini UJ taknak cakap, cuma UJ nak cakap pasal kafe tu jer. Tak tahulah siapa yang design, dengan bentuk yang terbukaknya. Orang yang tak pakai akal je mungkin buat camtu. Apa tak boleh fikir ke kalau hujan boleh tempias dan sebagainya. Alahai jurutera jurutera semua. Sedangkan UMP gambang punya kafeteria pun bertutup [ada penghalang tempias] inikan pulak tempat yang banyak angin, lagilah perlu penghadang tempias hujan untuk elak kafe dimasukki hujan.

3.  Kolej kediaman. Kadang kadang sakit hati dengan pelan dia. Mengarut betul dan hish, kalau dicakap kat sini macam boleh keluar. Nak kata tak pandai, awak memang dah ditauliahkan tapi rekaan sangatlah menyedihkan. Alah tak boleh ker kalau buat rekaan yang molek sikit. Huhuhuhuh.

Itu sahajalah yang UJ nak sampaikan. Kepada sesiapa sahaja yang diluar sana yang menjadi arkitek ke, juru lukis pelan ke dan yang paling penting orang atasan, fikir secara kedepan sikit, tak pun gunakan akal dan logik bila buat sesuatu perkara. Letak diri kita di tempat tu seperti pelajar ke pelanggan ke dan sebagainya. Lihat dari semua darjah tentang penciptaan kita tu. Tidaklah nanti asyik kene sumpah jer dengan aku. Hehehehehe.

p/s: dulu UJ suka sumpah dorang yang buat silap seperti yang diatas tapi sekarang tuka plak, kali kalau dapat mereka UJ pijak pijak jer…heheheheheeh dan lagi satu maafkan UJ sekali lagi kalau ada terkasar bahasa terburuk bicara. Orang tengah marah sedikit ni. Tak banyak pun. Hehehehe dan ditujukan kepada sesiapa yang buat silap jer bukan semuanya pon.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , ,

Apa yang nak di kata?