Salam 1Malaysia kepada semua pengodek yang berada diluar sana. Harap2 pengodek semua telah mengodek kibotnmos ni dengan lebih meluas. Kali ini, UJ akan mengeluarkan entri yang baru iaitu novel seperti yang dijanjikan. Novel yang UJ karang ini bertajuk Sehijau Bumi Itu. Sipnosis akan UJ siapkan dan permulaan cerita sudah pun siap. Baca dan hayatilah novel ini.

Kabus menghilang setelah menyeleubungi Bandar Metropolitan Kesutra selepas hujan lewat pagi. Betapa indah pemandangan diwaktu pagi itu tidak diendahkan oleh 5 juta warga kota yang sibuk untuk ketempat kerja dengan menaiki sky-train, salah satu jenis pengangkutan yang efisian abad ini. Terdapat juga aero-bus tetapi kurang menjadi pilihan kerana selalu sahaja bersesak dengan penumpang lain.

Bagi Danial, semua ini merupakan permandangan yang biasa diwaktu pagi. Hari ini perjalanannya ke Universiti Besar Kesutra sama sahaja seperti biasa. Cuma dia merasakan sesuatu yang tidak kena pada dirinya sejak bangun dari tadi. Semalaman dia tidak dapat tidur kerana memikirkan kejadian mimpinya yang boleh dianggap aneh itu. Sepatutnya dengan mesin hipnosis tidur, seseorang tidak akan bermimpi atau hanya akan bermimpi dengan apa yang diprogramkan sahaja dalam mesin itu. Tetapi amat janggal sekali semalam, Danial mendapat mimpi walaupun pada malam itu dia telah menutup fungsi mimpi. Danial hanya dapat tidur setelah jarum menunjukkan pukul 4.45 pagi. Itu pun tanpa bantuan mesin dan hanyalah tidur tidur ayam. Tepat 5.30, barulah Danial bangun dan membersihkan diri untuk menunaikan solat subuh pada pukul 6.15 pagi di Masjid Al-Hadid.

“Jauh menung?. Apa yang ko menungkan Dani?”

“Tiada apa apalah. Teringatkan masa kecil dahulu.”

“Ingat masa kecil ke atau ingatkan Sarah tu”

“Ah, korang berdua ni, dalam sehari kalau tak usik aku tak boleh ke? Ada je helah dan jalan korang nak usik aku kan.”

“Alah kau ni Dani, macamlah tak tahu yang kita orang inikan pelawak atau penglipurlara UBK ni.”

“Yelah, aku tahu. Dah cepat kemas buku buku ni”

“Baik, ketua!”

“Ish, korang ni.”

Mereka bertiga ketawa bersama sama. Gelak mereka terhenti apabila berita terkini ditayangkan dipaparan pintar di atas meja mereka.

“Satu khazanah purba yang dipercayai berusia 300 tahun telah dijumpai ketika pasukan ekskavasi melakukan penggalian di pinggir Bandar Kesutra. Dipercayai khazanah yang bernilai melebihi 300 juta ringgit ini dimiliki daripada sebuah keluarga yang telah mendirikan kediaman mereka di kawasan berhampiran. Menurut ketua pasukan ekskavasi, sebenarnya khazanah itu adalah merupakan sebuah alat yang tidak diketahui fungsinya dan hanya boleh dibuka oleh keluarga pemilik khazanah tersebut. Usaha untuk mencari pemilik atau waris agak sukar dijalankan kerana kekurangan sumber bertulis mahupun secara lisan. Oleh kerana usianya menghampiri 300 tahun, maka pihak muzium telah mengambil inisiatif untuk memelihara dan memulihara khzanah itu.”

“Wah, korang lihat khazanah tu Dani, Imran. Kalau dapat tu, kaya kau tahu tak.”

“Ah kau ni Asri. Duit sahaja dalam pemikiran kau tu.”

“Eh, khazanah tu macam aku pernah lihat la…”

“Hah” serentak sahaja Imran dan Asri terkejut.

“Mungkin benda lain aku tengok kot. Heheh, dah lah, mari kita balik.”

Danial sebenarnya cuba untuk menyembunyikan rahsia mimpinya. Ya sebenarnya alat itulah yang dimimpikan oleh Danial semalam. Tapi kalau benar mimpinya itu, apa pula kaitan dirinya? Setahu dia, ibu dan bapanya bukanlah orang asal Bandar Kesutra, mereka baru sahaja berpindah 10 tahun yang lepas ketika ayahnya En. Marzuki dipindahkan dari Kota Samarindah. Dan seingat dirinya, ibunya tidak pernah menceritakan kehebatan datuknya atau neneknya. Semuanya cerita seperti rakyat kebiasaan juga.

Tapi apa kaitannya? Persoalan itu sentiasa bermain difikiran Danial dan jauh dilubuk hatinya. Sehinggakan mahu sahaja dia terlepas stesen Delima dimana tempat tinggal kawasannya. Nasib atuk Ali ada disitu untuk memanggil dan menegur Danial yang termenung memandangkan atuk Ali baru sahaja pulang dari Galeri Negara.  Atuk Ali adalah jiran kepada Danial tetapi bukanlah tinggal bersebelahan dengan rumah Danial. Atuk Ali tinggal 2 blok dari kawasan kediaman Danial.

“Dari mana ni, Dani. Termenung sampai tak ingat stesen. Nasib atuk ada kat situ tadi”

“Oh, atuk Ali rupanya. Terima kasih menegur saya. Takde, saya baru pulang dari perpustakaan university tadi. Tengah memikirkan sesuatu tadi”

“Mesti terlalu pentingkan. Berkaitan dengan masa silam ke?”

“Bukanlah atuk. Dengan pelajaran saya sahaja. Mari tuk, kita balik sekarang. Risau pula hujan turun sekejap lagi.”

Macam mana atuk Ali boleh tahu fikiran aku pasal masa silam. Adakah orang tua itu sekadar menduga atau dia sebenarnya mengetahui cerita diriku dan keluargaku? Atau mungkin dia ada ilmu yang dapat membaca hati orang lain? Atau sekadar kebetulan sahaja?

Bersambung pada minggu hadapan…

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

Apa yang nak di kata?