Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harapnya semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan tidak ditimpakan segala penyakit yang berat atau kesedihan yang amat sangat ya. Kalau berlaku juga, UJ harap segala masalah itu berlalu pergi dengan kadar yang segera. Dan tidak lupa jangan lupa dengan ibadah puasa yang sedang dijalankan. Moga dijalankan dengan penuh keikhlasan dalam diri.

Malam yang baik daripada seribu bulan. Turunnya ayat pertama. Terbukalah pintu langit seluas luasnya dan berzikir serta memujilah segala makhluk kepada Rabbul Alamin ketika malam itu tiba. Tidak lain dan tidak bukan adalah malam al qadar atau lailatul qadar.

Surah Al-qadr

pic hosted @knm

Besarnya lailatul qadar telah diceritakan didalam Al-Quran itu sendiri pada ayat ke-3 surah al-qadr:

“Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam”

Lihatlah betapa Allah SWT mengangkat ketinggian malam al-qadar ini sehinggakan ianya lebih baik daripada seribu bulan. Jadi seharusnya kita menghidupkan malam itu dengan ibadah dan memohon keampunan kepadaNya. Sabda nabi SAW yang bermaksud:

“Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu”

Betapa bila tibanya malam malam terakhir ramadhan yakni 10 malam terakhir, Nabi akan melipat gandakan ibadahnya, membangunkan isirumah dan menjauhi daripada isterinya sebagaimana riwayat saidatina Aisyah RA yang bermaksud:

Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain.

Riwayat imam Ahmad dan Muslim

 Sesungguhnya malam al-qadar haruslah dicari dan diimpikan oleh kita semua. Haruslah sentiasa beramal dan meningkatkan ibadah apabila tibanya 10 malam yang terakhir. Bilakah ianya berlaku? Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam  ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:

Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil.

Pendapat  yang terkuat mengikut para ulama’ bahawa malam Lailatul Qadar terkena  pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka’ab katanya,

Demi  Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam  Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula  terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami  (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha  mencarinya.”

Daripada Riwayat Mu’awiyah:

Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27.”

Riwayat  ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah  Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu  terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:

Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. “

Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:

Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:- Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku.

Petikan diubahsuai dan diambil dari: FIQH & Perundangan Islam Jilid II : Wahbah al-Zuhaili : Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tulisan:21/08/11-22rmdn1432H

11:24pm

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

Apa yang nak di kata?