Dari jiwamalaya.wordpress.com
Salam dan selamat sejahtera pembaca diluar sana. Apa khabar, moga sihat hendaknya dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
PENGENALAN
Apa tu? folding@home??? Sebenarnya folding@home atau FAH atau f@h adalah projek pengedaran berkomputer yang bertujuan menggabungkan semua komputer yang menjalankan program ini menjadi satu superkomputer yang terbesar didunia. Kenapa? Sesungguh dalam hidup kita, kita terdiri daripada protein. Protein ini dapat membentuk diri mereka dengan pantas dan cepat sehingga 1 nanosaat. Amat pantas bukan. Apa yang akan berlaku sekiranya protein ini salah turutannya didalam unit asalnya(sebagai contoh tersalah susun)? Jika tersalah susun, ia akan menyebabkan kita mendapat penyakit malahan kanser juga seperti penyakit lembu gila, alzheimer dan sebagainya. Untuk mengkaji tindak balas protein ini, bukannya mudah. Banyak komputer atau satu superkomputer yang amat pantas diperlukan untuk menganalisanya tapi superkomputer amat mahal dan memerluakn kos yang amat tinggi, oleh itu sumbangan anda dapat membantu menjadi FAH dapat berfungsi/menganalisa lebih banyak protein dan juga dengan lebih cepat. Gabungan semua komputer dan teknologi hari ini iaitu melalui kad grafik, PS3 dan processor yang multi core menyebabkan FAh kini berada pada sela masa 5 – 10 mikrosaat, seribu kali lebih lama berbanding masa protein terbentuk.
BAGAIMANA IANYA BERFUNGSI?
Ianya berfungsi dengan memuat turun satu paket protein(paket=projek) dan kemudian protein itu dianalisis/diproses sehingga siap dan kemudian report akan dihantar kepada server utama. Untuk satu projek yang disiapkan dipanggil work unit atau WU. Kemudian selepas work unit ini diterima dan kita akan mendapat mata berdasarkan projek tersebut. Tujuan pemberian mata ini adalah sebagai galakan untuk meneruskan program ini untuk mencapai tempat teratas dalam senarai pemproses protein. Jumlah mata boleh disemak disini(http://fah-web.stanford.edu/cgi-bin/main.py?qtype=teamstats) team Malaysia(http://fah-web.stanford.edu/cgi-bin/main.py?qtype=teampage&teamnum=2999) dan server ini akan sentiasa dikemaskini selama 3 jam.
BAGAIMANA MAHU MENYUMBANG?
Jika anda memiliki komputer yang menggunakan teknologi terkini, muat turun sahaja perisiannya di sini (http://folding.stanford.edu/English/DownloadWinOther). anda boleh pilih samaada mahu menggunakan cpu atau gpu atau kedua-duanya sekali. Untuk komputer yang satu teras(single core) anda boleh memuat turun disini (http://folding.stanford.edu/English/Download). Tapi masanya amat panjang diperlukan untuk memproses protein tersebut. Lebih kurang 5 hingga 10 hari bergantung kepada saiz protein yang diberikan. Apabila anda sudah menginstall program ini pada komputer anda, hendaklah anda meletakkan nama pengguna dan nombor ID kumpulan. Untuk menyokong negara Malaysia, anda boleh letak nombor ID kumpulan Malaysia iaitu 2999.
(konfigurasi FAH)
Nama pengguna anda boleh cipta sendiri atau bergabung saja dengan pengguna sedia ada. Contoh nama pengguna saya ialah UMP@folding. Dengan itu anda boleh semak kedudukan semasa anda di laman diatas tu. Seterusnya, jalankan perisian tersebut dan ia akan memuat turun WU dan memprosesnya. Pastikan anda memiliki sambungan internet. Hal ini kerana program ini memerlukannya untuk memuat turun dan memuat naik WU ke server utama FAH.
(display semasa pemprosesan WU)
Jadi sampai sini dahaj celoteh saya pasal FAH. Ini semua berdasarkan pembacaan saya dan pengalaman saya sahaja.
[ad code=1 align=center]
