Diskriminasikah saya?

Saya seorang yang dilahirkan didunia dengan kesempurnaan ciptaanNya. Dikurniakan akal yang cerdas, mata yang elok dan cukup semua anggota badan. Bersyukur tiada terhingga kepada Dia, Maha Pecipta yang Maha Bijaksana.

Tapi adakah saya ini pendiskriminasi? Saya suka tengok makhluk ciptaanNya yang bertentangan dengan saya, tapi juga benci mereka. Sebab apa? Sebabnya hanya pada pemakaian mereka hari ini. Menyebabkan saya tidak dapat melihat keindahan alam dengan sebebas bebasnya.

Bila saya duduk di kafe tempoh hari memandang graduan graduan yang bergembira kerana berjaya menamatkan pelajaran mereka, tiba golongan dibenci ini lalu didepan mata. Terus secara automatik mood saya berubah. Dari gembira kepada marah. Sebab sudah besar masih lagi bodoh. Dan senang senang melanggar aturanNya.

Diskriminasikah saya jika saya memanggil mereka ini bodoh, dan memanggil kaum yang satu lagi yang menurut perintahNya sebagai pandai?

Setiap hari mata terpaksa menatap anak anak muda diluar sana yang gaya tidak tahu apakah saiz baju yang mereka pakai. Nak kata tak reti memilih saiz baju, bukannya tak boleh. Badan sendiri sepatutnya boleh je tahu saiz baju. Bukan orang lain belikan. Kadang kala rasa meluat melihat benda yang tidak sepatutnya menjadi tontonan umum di dedah sana sini, sehinggakan boleh diagak saiz tempat bayi menyusu.

Dulu masa belajar di asrama, ada dipelajari:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

An-nur: 31

Terang terang Allah dah suruh menutup aurat dan cara pemakaian tudung, namun masih tidak reti lagi menutup aurat sendiri. Sepatutnya semakin tinggi belajar makin pandai, tapi tidak, terbalik rupanya. Kalau perempuan begini menjadi calon isteri, terus terus saya pangkah besar besar. Memang kalau ada borang pencalonan dah lama masuk tong sampah siap siap. Nak buat apa, barang dah terdedah sana sini. Ibarat makanan basi lah.

Kalau boleh calon isteri saya itu haruslah pandai menjaga rahsia yang diberikan oleh Allah pada tubuhnya. Barulah seronok saya berkahwin dengannya. Bila dah sah diijab kabulkan, barulah saya tahu berapa tahi lalat dibadannya, berapa saiz pinggangnya dan sebagai. Bayangkan betapa nikmatnya melakukan penjelajahan antara suami isteri. Ini tidak, belum ada apa apa sudah tahu segala genap inci tubuh badan masing. Nak buat apa.

Ada juga yang sesetengah berpakaian tapi secara realitinya boleh nampak bahagian dalam. Seolah olah mata ini ada kuasa seperti dalam cerita x-men pun ada. Tapi hakikatnya, baju yang dipakai itu elok buat kelambu ataupun tapis untuk tapis air teh. Nasihat saya kepada yang suka pakai baju begini, lebih baik tak yah pakai baju. Buat sakit mata jer melihat.

Entahlah, kadang kadang boleh sakit kepala memikirkan soal rumah tangga ini. Payah hendak mencari yang benar pandai. Pandai menjaga aurat dan dirinya daripada dicampakan ke dalam api neraka.

Tapi bukanlah tidak mahu menerima mereka yang tidak reti ini seratus peratus. Asalkan mereka mahu berubah bila sudah menjadi suami isteri, saya terima dengan hati terbuka. Kerana apa, tugas suami adalah menjadi guru kepada isterinya. Menjadi pembimbing kepada isterinya. Agar rumah tangga yang dibina itu menjadi sebuah syurgawi dunia sebelum bersama sama ke syurga di akhirat. Amin…

p/s: Kepada yang terasa itu minta maaf dari saya… saya menyampaikan pesan je.

[ad code=2 align= center]

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,

2 Kata


  1. aried on 22 Oct 2010

    cerita benar atau?… huhuhu.. skdar ingin tahu…

    [Balas Cakap]

    UJ Reply:

    sekadar garapan… dan terbuku dari hati….

    [Balas Cakap]


Apa yang nak di kata?