Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Harap semua sihat hendaknya. Kalau berasa tidak sihat, UJ nasihatkan bersegera jumpa pakar pakar kesihatan agar kesihatan kita dapat dinaikkan pada paras yang optimum. Dan tidak lupa juga salam Ramadhan dan diharap semunya berpuasa penuh sehingga hari ini. Hehehehehe
Rasanya dah lama UJ tidak mengemas kini perihal kawan kawan UJ a.k.a kanak kanak riang M02. Sebenarnya malas nak buat entri pasal mereka ni. Hehehehe. Walauapapun, entri diorang dah siap dan inilah kisah mereka.
Kali ini UJ nak menceritakan perihal kawan kawan UJ untuk edisi ketiga. Dalam edisi ini adalah kawan kawan UJ yang serumah dengan UJ sendiri iaitu en. Zaim, Basyir, Amir, Shuk, Nuar, Pehe dan Sani.
Mari UJ ceritakan satu persatu pasal mereka ini. Serba ringkas la. Malas nak taip panjang panjang. Hehehehe.
Ini en. Zaim atau nama penuhnya Ahmad Zaim Solehin bin Che Hasan. Orangnya datang dari Jerantut, Pahang. Berketinggian sederhana dan memiliki pengetahuan yang luas dalam bidang automotif. Kalau nak tahu model apa dan sebagainya, UJ rujuk dia jer. Memiliki kereta iswara tak pastilah keluaran tahun berapa. Dan merupakan seorang pemandu yang tegar dan suka membawa laju. Bukti bergambar, dengan UJ naik sehingga 160kmh dengan kereta iswaranya itu.
Yang ini pula jauh datangnya. Dari utara yang terkenal sebagai periuk nasi Malaysia, bukan periuk nasi Panasonic tau iaitu negeri Kedah yang juga terkenal dengan lagenda Mahsuri tu. En. Basyir ini peramah orangnya, tidak tinggi sangat dan badannya tidak besar. Kurus kurus je. Permainan hari harinya adalah DOTA bersama rakan rakan UJ yang lain. Dan yang terbaru, telah membeli PC en. Nuar. Nama penuh en. Basyir ialah Ahmad Basyir bin Sadan [selalu cakap ABS tu dia punya nama. Hahahaha] dan nick name dia ialah butets [dari planet manalah datangnya ni??? hehehehe]
Yang ini pula en. Amir yang kacak. Hahahah. Menetap di negeri ini juga atau tempat spesifik di Kuantan ibu negeri Pahang. Orangnya agak cerah, tidak tinggi dan kuruslah juga. Sama je macam basyir tu. En. Amir ni selalu minta tolong dengan UJ pasal PC dia. Asyik sakit sakit je. Tak pernah sihat sihat PCnya tu, ada je masalah baru timbul. Hehehe. Oh nama penuh dia ialah Syed Muhamad Amiruddin Syed Saleh.
Yang ini datang dari pantai barat iaitu en. Shuk atau Muhammad shukri bin rabain. Datang dari Tapah, Perak. Samalah seperti en. Keanu kita tu [sini]. En. Shuk ni agak tinggi dan kurus perwatakkannya. Kalau nak tahu, dia ni suka menonton drama drama melayu yang ditayangkan di tv mahupun astro. Bukan setakat tengok, download sekali la. Da penuh HDD tu dengan cerita drama drama melayu. Dulu, masa kat KK2 adalah sebilik dengan en. Amir. Kali ini duduk dengan orang di bawah ini.
Ha, kali ini cerita orang pantai timur. Ada dua orang. Yang ini nama Farhan bin Ab Razak atau nama moleknya en. Pehe. Berasal dari negeri Kelantan yang sememangnya kaya dengan budaya dan pelbagai khazanah yang lain. Orangnya lebih kurang en. Basyir, tidak tinggi sangat dan kurus je. Dalam rumah UJ yang lepas, tiga orang nilah kaki DOTA, en. Basyir, en. Pehe dan en. Nuar yang akan diceritakan nanti. Masa kat gambang dulu, selalu gaklah ayahnya singgah untuk melawat dia. Tambahan, UJ dulu suka pinjam bekas KFC dia untuk letak makanan ringan. Heheheh, biasalah sambil menulis sambil mengunyah sekali. [Pinjam bekas macam dah harta sendiri, last sem baru pulang..hihihihih]
Kemudian kita terus kepada dia ini. Kalau nak tahu inilah Mohd Fakhrul Anwar atau kependekkan namanya ialah en. Nuar. Datangnya dari Kelantan juga, orangnya berkulit cerah dan kurus. Dulu dia ni pakai PC tapi sekarang sudah jual kepada en. Basyir. Rasanya dulu orang pertama kat UMP pakai quad core AMD, sebab masa tu baru jer release dah dia suruh UJ beli masa PC fair. Akhirnya kembali kepada laptop. [ko ni nuar, bukan pencinta desktop sejati la….hehehehe]
Dua orang ini memang takleh nak dipisahkan tapi bila masuk KK5, terpaksa berpisah… Bilik jer. Heheheh.
Dan yang terakhir pula room mate UJ sendiri iaitu en. Sani atau nama penuhnya Muhammad Amzansani bin Wahab. orangnya berkulit gelap tapi gelap orang malaysialah yer, dan tinggilah juga. Datangnya dari negeri Terengganu sama seperti en. Pijie kita. Satu satunya kawan UJ yang pakai laptop NEC. En. Sani suka berhujah dalam kelas dan juga suka bertanya. Ya, sebagai seorang pelajar kita kena sentiasa bertanya, kan…
Itulah dia kawan kawan UJ atau bolehlah dikatakan anak anak UJ [sebab dorang panggil UJ, papa]. Lepas ni tinggal satu jer lagi cerita kawan kawan UJ untuk edisi keempat pula iaitu en. Afnan, [arwah] en. Wandi dan beberapa lagi yang lain.
*fakta ditulis berdasarkan pemandangan penulis.
[ad code=1]