13
May

Taman Sayur


Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harapnya semua sihat walafiat disamping keluarga tersayang. Walaupun sesetengahnya mungkin berada jauh dimata, tetapi biarlah dekat dihati serta dekat ditangan, mulut dan telinga telefon tu. Heheh. Kepada yang sakit, atau bakal mendapat sakit, bolehlah mengunjungkan diri itu ke rumah sakit atau pun klinik mahupun hospital.

Untuk kali ini UJ ingin menceritakan tentang kegiatan bertani. Pernah dengar tentang “edible garden” atau taman herba atau taman sayur. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh membuat taman sayur/herba di halaman rumah sendiri. Ianya tidak begitu susah yang disangka, tidak memerlukan tanah yang begitu besar atau masa yang banyak untuk melakukan taman ini.

Contoh Taman Sayur/Herba. Sumber daripada internet.

Apa yang diperlukan hanyalah tanah, polibeg atau pasu(kalau ingin menggunakan polibeg@ pasu), dan benih. Yang lain adalah masa untuk menyediakan media, menyiram dan menjaga pokok yang tumbuh.

Oleh kerana disebelah rumah UJ adalah tanah milik arwah nenek UJ, maka adalah ruangan UJ untuk melepaskan bakat bakat bertani UJ diatas tanah tersebut. Sebenar tanah tersebut adalah tanah tebus guna dan tanahnya lebih banyak batu dan boleh dikatakan gersang dan tiada nutrient.

Tapi semua itu bukanlah halangan kerana kita boleh menggunakan baja dan kaedah raise bed atau menanam didalam polibeg. Uj menggunakan kedua dua kaedah dimana pokok yang lama sebelum ini sudah ditanam dalam polibeg dibiarkan sahaja didalam polibeg dan yang baru UJ tanam diatas tanah sahaja seperti pokok bendi dan terung.

Sebenarnya UJ terkesan sangat dengan teman atas talian yang mana beliau banyak ilmu yang dikongsikan bersama dan juga menanam pelbagai jenis dan varieti sayur seperti kalian, sawi, terung dan sebagainya di halaman rumah beliau. Selain itu juga beliau juga menjual benih benih yang berkualiti tinggi juga. Kalau dilihat hasil yang dituai, ianya seperti yang dijual dipasar pasar tani, pasaraya dan lain lain tempat.

Kalau dilihat kelebihan menanam sendiri adalah kita tahu apa yang kita makan itu adalah tanpa ada sebarang bahan kimia berlebihan, racun dan lain lain bahan lagi yang kita tidak ketahui. Hanya petani yang tanam itu je yang tahu. Hehehe

Jadi dalam tulisan ini UJ kongsikan beberapa gambar taman sayur/herba UJ. Nikmatilah dengan tenang. Huhuhu

"Rise Bed" untuk tanam sayur daun atau herba seperti mint dan sebagainya

 

Kawasan tanaman terung

 

Kawasan tanaman bendi

 

Kawasan tanaman pohon menjalar dan memanjat. Dalam tu ada petola, peria, dan labu air

 

Satu je pokok kailan yang ada. Ini sebenarnya semaian awal. Banyak mati masa tu.

 

Pokok cili besar. Ditanam bulan 12/2011. Masih memberikan hasil.

 

Hasil yang didapat daripada menanam sendiri, kobis belakang rumah.

 

Bendi benih MARDI, yang hijau gelap itu benih pasar raya.

 

Patch keseluruhan untuk kawasan bendi dan pohon menjalar.

 

Jadi kepada sesiapa yang ingin membeli benih benih berkualiti boleh dapatkan di MARDI(tidak banyak pilihan yang ada) atau pun disini iaitu blog tanamsendiri.

p/s: kalau berkunjung kesana dan perkenalan daripada saya, cakaplah kepada owner tu, zicron21ck yang kenalkan…hehehe jangan risau, UJ tak dapat apa apa pun…

[sam id=”3″ codes=”true”]

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

Apa yang nak di kata?