Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harap semuanya sihat sihat belaka dan berada didalam kehidupan yang bahagia. Kepada yang mengalami sakit sakit, bersegeralah berjumpa dengan pak tabib mahupun doktor untuk mengubati penyakit itu. Jangan dibiarkan. Nanti melarat.

2011 akan meninggalkan kita sebentar sahaja lagi(pada artikel ini ditulis, tinggal 30 minit lagi). Yang akan mendatang adalah tahun 2012. Jadi apakah yang akan berlaku pada tahun hadapan. Apa pula yang telah berlaku pada tahun ini yakni 2011. Rasanya begitu banyak suka dan duka pada tahun 2011 ini.

Selamat tahun baru

2012 penuh keceriaan

Pelbagai kisah dari dalam hinggalah ke luar negara telah berlaku pada tahun 2011 ini seperti protes rakyat Tunisia, Mesir dan timur tengah, pembunuhan Osama bin Laden, gempa bumi melanda Jepun, krisis kewangan di Eropah dan kisah perkahwinan cucu kepada ratu England, William dan Catherine. Bagi di Malaysia pula, terdapat pelbagai kisah seperti kes dera anak, kes rasuah,perhimpunan bersih, perhimpunan sejuta umat, tanah runtuh di kajang dan sebagainya dan tidak lupa pertabalan Agong baru.

Bagi UJ pula, dalam tahun 2011 ni banyak pahit manisnya. Antara yang manis adalah, UJ mendapat sebiji motorsikal Ninja Kawasaki 250r, pergi latihan industri di Johnson&Johnson, bergraduat dan sebagainya. Bagi yang pahit pula, UJ kehilangan seorang kakak ipar yang baik pada bulan 8.

Oklah jadi itu sahaja serba sedikit catatan untuk penutup bagi tahun 2011 ni. Kita jumpa pada tahun akan datang dan harapan UJ agar UJ rajin menulis blog.

p/s: Blog UJ akan ditutup selama satu hari(maksimum) untuk melakukan kerja kerja penambah baikan antara muka, tema dan sebagainya. Harap maklum ianya akan bermula sekitar pukul 10-12.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

Apa yang nak di kata?