Salam ramadhan kepada semua pembaca diluar sana. Semoga semuanya sihat sentiasa didalam bulan ramadhan yang mulia ini dan dapat meneruskan ibadah yang mulia dengan penuh kesungguhan dan kesempurnaan. Kepada yang sakit, segera berjumpa doktor dan kepada yang lain, puasalah dengan sepenuh hati dan sepenuh hari….hehehehe
Rasanya sudah lama tidak menulis tazkirah kerana kekangan masa dan idea. Hehehe, takpe kali ini UJ akan memberi sedikit tazkirah perihal keikhlasan bersedekah. Dah masuk bulan puasakan, kenalah menulis benda benda yang boleh menambahkan lagi pahala di bulan ramadhan ini.
Sedekah.
Sedekah merupakan satu cara kita untuk menunjukkan kita ini sebagai hamba yang besyukur. Hal ini kerana dalam kita mencari harta, kita tidak lupa mengucapkan syukur secara rohaniah malah dari aspek lahiriah, ianya datang dalam pelbagai bentuk kesyukuran seperti bersedekah, memberi makan pada yang berpuasa dan sebagainya.
Walaupun nilai sedekah kita kecil tidak bermakna nilai pahala kita itu kecil. Dalam satu ayat al-quran yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
(Albaqarah: 261)
Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa kita bersedekah lebih lebih lagi kejalan Allah akan dilipatgandakan pahala kita daripada 1 kepada 7 dan kemudian yang 7 tu setiap satu memilik 100. Bukan nikmat yang Allah berikan kepada kita begitu besar?
Sebenarnya sedekah mengajar kita supaya mengambil berat dengan saudara saudara kita dan memenuhkan keperluan bagi setiap yang meminta.
Sedekah yang tidak putus pahalanya.
Ada satu hadis nabi yang bermaksud:
“Apabila seseorang anak adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalanya kecuali tiga perkara yakni sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh” -mutafaqun alaih-
Hadis diaatas menjelaskan terdapat sedekah yang tidak akan putus amalannya yakni pahala iaitu sedekah jariah. Apa itu sedekah jariah? Sedekah jariah adalah sedekah dalam bentuk material yang dipakai orang dan juga makhluk lain. Sebagai contoh seperti tanah yang diwakafkan, rumah, bangunan, ladang ladang dan sebagainya. Hal ini termasuklah juga buku buku agama atau kitab kitab seperti kitab Al-Quran yang selalu kita nampak dimasjid dan diwakafkan disitu.
Selain itu, dana kewangan yang digunakan untuk membina bangunan yang diwakafkan atau yang dipakai oleh orang ramai juga dikira sedekah jariah. Apa apa pun niat kenalah ikhlas bersedekah kerana tiadanya keikhlasan, sedekah itu menjadi sia sia sahaja.
Jadi rajin rajinlah bersedekah. Dengan bersedekah, Allah akan menambahkan rezeki kita kerana itulah janjiNya kerana bersedekah juga adalah salah satu cara kita bersyukur kepadaNya.
p/s: Bulan Ramadhan ni eloklah bersedekah. Tapi kena ingat bulan bulan lain pun bersedekah juga… Orang kata jangan tumpu pada satu bulan jer.