Salam kepada penggodek diluar sana. Harapnya semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Dan kepada yang mengalami kejang2 otot ke, pening pening lalat, mabuk  cinta  laut ke, jumpa doktor ye. Harap sihat la dengan cepat nanti…

Sebenarnya nak beritahu berita gembira ni lama da, tetapi tangguh dulu sebab kena ambil dulu hadiahnya baru boleh tunjuk. Beberapa bulan yang lalu, UJ telah bermain satu permainan di internet yang dianjurkan oleh Canon (delighting you always) atas pelancaran model baru Canon yang diberi nama Pixma Black Series. Boleh kata siri baru untuk pixma lama la. Game yang UJ main adalah game yang diberi nama Flashlight Boogie Game dimana terdapat empat petak bewarna dan peserta hendaklah mengikut susunan petak petak yang menyala itu, sehingga game over.

Oleh kerana selalu memikirkan yang UJ ni tidaklah berpeluang memenangi hadiah [Tak pernah dapat dari sesiapa pun] maka UJ main sebaik mungkin dan tidak mengharapkan apa apa pun. Tiba tiba pada 2 minggu lepas, UJ terpandang satu emel yang bertajuk senarai pemenang flashlight boogie game ini, UJ ingatkan senarai panjang, rupa rupanya emel itu adalah untuk UJ dan ia menyatakan UJ terpilih sebagai pemenang pertama untuk game itu dan membawa pulang sebuah printer pixma black model MG8170 iaitu kelas paling atas dan bernilai sekitar RM 1600. Memang mahal.

Jadi semalam bersama teman UJ pergi ke Canon Customer Care dan mengambil hadiah tersebut. Terima Kasih Canon kerana hadiah yang mahal ini.

p/s: Susulan tentang review produk ini akan diadakan dalam masa terdekat ini.

sekian

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,

Apa yang nak di kata?