Salam 1Malaysia kepada semua pembaca diluar sana. Harap semua sihat sihat belaka lah yer. Jangan terlebih sihat udah le. Seperti biasa, kalau sakit, bawak diri tu ke hospital kerajaan mahupun klinik klinik 1Malaysia atau klinik swasta. Hehehehe.

Setelah berfikir bermati matian(ada ke frasa ini? (^_^)) untuk nama website ini akhirnya ketemu juga satu nama bukan saja unik malah nak gelak guling guling macam Shin Chan pon ada. Dari dulu ingat nak guna jiwamalaya sahaja, sebab pembabitan awal blogging dahulu, itulah idea saya. Tapi sebabkan ingin pembaharuan, maka UJ pun fikir semasak masaknya seperti mempelam yang ranum diladang.

[Orang kalau bukak kedai barukan ada bunga… hehehe]

Mari kita lihat maksud disebalik semua nama dan idea UJ ni.

Sejarah Awal

Awal pembabitan blog, katanama ialah jiwamalaya. Maksud jiwamalaya tak perlulah di perjelaskan keraja semua orang boleh agak. Katanama tersebut membawa seorang yang berjiwa kenegaraan la atau bahasa modennya patriotisme. Maksud kedua ialah menunjukkan diri UJ adalah seorang yang sukakan keadaan yang lama atau sejarah secara tidak langsung.

Dan jiwamalaya kekal dari awal pembabitan blogging (sebenarnya buat akaun jer masa tu) dari tahun 2006 ketika UJ di matrik. Sehingga UJ masuk UMP, barulah tergerak hati membuat satu lagi blog menggunakan nama sama tapi penyedia yang berlainan iaitu wordpress dari sebelumnya iaitu blogspot.

Dan setelah lebih kurang 2 tahun UJ berblog dengan entry yang tak banyak dan pengunjung pon sikit, UJ dengan secara beraninya mencabar diri untuk membuat website menggunakan katanama atau domain baru.

Domain Baru

UJ memikirkan perkataan perkataan yang sedap mahupun unik dan kelakar. Sebelum ini, UJ suka dengan kawan sehostel UJ menggunakan sepatu_buruk_(nama beliau-rahsia). UJ ingat hendak mengunakan kalam buruk UJ tapi bila melibatkan benda negative ni, UJ jadi serba salah. Hehehehehe. Kemudian keluar pulak idea untuk domain UJ iaitu mesintaipelektronik. Tapi ianya terlalu panjang pula dan kalau ambil mesintaip jer rasa seperti kekurangan sesuatu. Yelah mesin taip dulu guna reben untuk menaip, mana boleh masuk ke komputer. Minda kecil dan minda besar UJ bergaduh lagi pasal nama.

Akhirnya, UJ mendapat ilham kerana barat sekarang suka menukar perkataan English dangan ejaan melayu, jadi UJ pun ambil idea ini dan berfikiran seperti kanak kanak yang mengenal sebutan lalu muncullah domain yang diberi nama kibotnmos. Kibot berasal dari perkataan keyboard yakni papan kekunci dan mos dari perkataan mouse. Pasa asalannya, UJ nak guna kibot je tapi kibot dah digunakan so, terpaksalah tambah kedua duanya.

Alasan lain pula, sebenarnya kibotnmos tak dapat dipisahkan antara mereka berdua. Dialah adik dan satu lagi abang atau dia Romeo dan kekasihnya Juliet. Selain itu, computer kita takkan lengkap kalau takde salah dari mereka ini. Memang kita boleh menjalankan aplikasi dalam windows, tapi kalau dua dua takde? Haru biru la jadinya. Hehehehe. Jadi kibot n mos, eh salah plak keyboard and mouse kene ada untuk kita buat kerja kita menggunakan komputer.

Itu sahaja entri pembukaan bagi domain baru UJ ini. Sebelum UJ mengundur diri, tentu pembaca nak tahu apa itu UJ kan. UJ bermaksud Ujung Jari. Dah kita menaip dan mengklik menggunakan hujung jari sahajakan. Betulkan anak anak dibelakang sana tu. Heheheh.

Sekian, terima kasih kerana membaca dan meluangkan masa kedalam web UJ ini. Kalau encik pembaca dan puan pembaca ada idea untuk UJ keutarakan atau kearah arah yang lain, jangan segan segan untuk komen di web UJ ini.

Sekian terima kasih sekali lagi.

p/s: UJ sebenar bukan rajin nak berblog ni… lebih kepada forum adalah. (.^_^.) <- ini diri UJ. Hehehehe.

and lagi satu jangan lupalah komen mengkomen yer.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

5 Kata


  1. […] baca cerita awal [klik sini] ada lah secara ringkas diceritakan pasal blog blog UJ yang lepas. Kali ini UJ ceritakan pula pasal […]

  2. frank lampard on 24 Jun 2010

    wat cite psl M02 la,haha..

    [Balas Cakap]

    UJ Reply:

    nanti aku akan masukkan semuanya… jangan risau ok…

    [Balas Cakap]

  3. asuramaru on 24 Jun 2010

    tahniah zic atas penubuhan blog baru nih….
    insyaAllah ak akan sentiasa usha2….

    [Balas Cakap]

    UJ Reply:

    terima kasih…. selalu2lah datang ke kibotnmos ni yer…

    [Balas Cakap]


Apa yang nak di kata?