Semalam, pegangan saham Khazanah dalam PROTON sebanyak 42.7% telah diambil alih oleh DRB-Hicom dalam satu urus niaga. Perubahan ini dilihat sebagai salah satu cara untuk melihat Proton berdaya maju dan berdaya saing dalam arena automotif dunia. Pengambilalihan ini juga menjadikan Proton akan menjadi syarikat swasta. Apa pula yang akan berlaku selepas ini?
Persoalannya, bagaimana industri automotif pada masa mendatang? Adakah harga kenderaan akan menjadi murah. Semua sedia maklum bahawa sebelum ini kerajaan betul membela proton dengan pelbagai cukai, insentif dan pelbagai hal lagi dalam liku liku Proton sebagai pengeluar kenderaan di Malaysia, tapi adakah perkara ini akan berlaku juga selepas pengambialihan Proton?
Bagaimana pula keupayaan DRB-Hicom untuk menguruskan sebuah syarikat yang sememangnya agak besar dan terdapat beberapa masalah yang tidaklah besar, hanya melibatkan kualiti sahaja. Tetapi melihatkan kepada pemilik DRB-Hicom ini mungkin kita boleh menarik nafas lega kerana beliau sememangnya mampu untuk menyelesaikan beberapa masalah yang melanda Proton ini.
Diharapkan Proton menjadi lebih baik dibawah pengurusannya yang baharu. Dan kita semua mengharapkan agar Proton bertambah kualitinya, kecekapannya dan berkurang harganya serta faedahnya. Hehehe