Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Harap semua sihat hendaknya. Kalau rasa macam nak pengsan ke, rasa loya loya tekak ke [kalau perempuan, kene segera jumpa dr ni…heheh bagi yang berkahwin]atau rasa macam penat je, segera berjumpa dengan doktor tau. Mana tahu ada penyakit menyerang kita. Apa apa pun UJ doakan semua pembaca sihat sejahtera.
Cuti… Cuti… Cuti…
Kali ni UJ just nak bercerita perihal cuti UJ yang tersangatlah pendek iaitu sekitar 10 hari sahaja. Tersangatlah boring dan tidak tahu apa yang dilakukan dalam masa 10 hari ini [sebenarnya da tinggal 8 hari jer.] UJ ingat nak pergi berjalan jalan disekitar Shah Alam tu tapi malangnya tiada siapa nak temankan UJ. Lagi satu perancangan UJ ialah nak pergi ke tempat yang dikenali sebagai i-city. bagi mereka yang tahu baguslah, dan yang tak tahu, i-city ada sebuah tempat yang dibangunkan di Shah Alam untuk menjadikan tempat itu mempunyai teknologi yang tinggi dan macam macam lagi la. Dekat sana juga ada lanskap yang menarik iaitu hiasan pokok pokok yang diperbuat daripada led. Sangat menarik hiasannya apabila dilihat pada waktu malam. Mesti happeningkan!!!…
Apa apa pun mungkin perancangan UJ masa cuti pendek ini ialah:
1. Mungkin pergi ke i-city
2. Pergi litar sepang, nak tengok Shell Eco-Marathon.
3. Berjalan jalan di Lowyat plaza untuk melihat produk terbaru
Rasanya itu jelah yang UJ boleh buat dalam masa cuti yang pendek ini. Oleh kerana cuti yang pendek dan takde apa yang nak dibuat, jadi UJ seekor panda berehat rehat dirumah…heheheh (.^_^.)…