Salam 1Malaysia kepada semua pengodek siluar sana. Harap semuanya sihat sejahtera disamping keluarga tersayang. Kepada sesiapa yang mula mendapat simpton tidak sihat, bersegeralah jumpa dengan doktor. Supaya cepat sembuh UJ doakan.
Patutlah asyik panas sahaja dalam bilik. Rupa rupanya, kad grafik komputer UJ minta suruh dibersihkan. Sebelum bersih, suhu ketika keadaan biasa ada 55-58 deg C. Agak panas jika dikirakan keadaan kad grafik berada didalam keadaan biasa. Selepas membuka dan membersihkannya, suhunya menurun kepada 50-52 deg C. Kalau diikutkan masa beli dahulu, suhunya sekitar 45-48 deg C. Peningkatan ini mungkin disebabkan oleh thermal paste untuk memori masih tidak bertukar kerana thermal paste memori kad ini bukan seperti biasa.
apa pun dah 1 tahun 3 bulan semenjak pembersihan yang dahulu. Maknanya memang kita kena bersihkan apa apa barang komputer sekiranya memiliki kipas dan sirip penyejuk. Ini bukan apa, habuk dapat terkumpul di situ dan membentuk lapisan habuk seterusnya akan menghalang udara panas untuk keluar. Ini boleh menyebabkan komputer kita berada didalam keaadaan tegasan haba dan seterusnya boleh merendahkan tempoh hayat komputer.
Oklah itu sahaja untuk hari ini.
p/s: UJ cukup marah dengan benda kecik ini. Tidak sepatutnya berada disini. Sepatutnya sebagai pengeluar, harus tahu tempat yang sesuai untuk letak benda alah yang kecik ini, jangan letak dekat tempat luar bekas sebab pasti orang nak bersihkan bahagian dalam.