• Home
  • About
  • Kaunter Pertanyaan
  • UMPlife Forum

kibotnmos

Dimana Klik dan kekunci tidak dapat dipisahkan.

  • Berita Semasa
  • Hiburan
    • Klakar
    • Muve dan Drama
  • Hidup UJ
    • Kanak2 Riang M02
  • Islam
    • Al-Quran dan Sains
    • Bicara Agama
    • Bicara Hadis
    • Kalam Jumaat
    • Utusan Terakhir – Muhammad SAW
  • Komputer dan Teknologi
    • Hardware
    • Internet
  • Sastera
    • Cerpen
    • Novel
    • Puisi
  • SRTB
  • UMP
    • Dunia Pelajar
    • Peristiwa Universiti
    • UMP_Sharing
  • 05
    Jan

    Sumbangan Kecil Sangat Bermakna


    Apa yang anda rasa pada nilai RM10? Cukup sekadar membeli juadah ditengah hari? Untuk membeli sebuah buku atau majalah di kedai kedai buku? Bayaran untuk tempat letak kereta? Satu kotak rokok?

    Mungkin kita merasakan nilai RM10 ini tidaklah terlalu besar. Hari ini anak anak kita mendapat belanja sekitar RM2-RM5(RM10-35 seminggu) untuk setiap hari dan ada pula anak anak yang berkata jumlah itu tidak cukup. Tapi bagaimana pula dengan anak anak lain yang berada didalam keadaan kemiskinan. Kebanyakan keluarga yang hidup dibawah kemiskinan, anak anak mereka tidak mempunyai wang belanja, malahan ada pula yang tidak bersekolah

    Sebagai rakyat malaysia yang prihatin, bolehlah kiranya kita menyumbang sedikit sebanyak duit kita. Tak banyak yang diperlukan cuma RM10. Apalah sangat dengan RM10 ini kalau dibandingkan dengan sumbangan terhadap orang orang yang dibantu, doa mereka dan kebaikan yang kita terima. Ayuh kita mulakan awal tahun kita ini amal kebaikan.

    Hanya RM10, anda menggembirakan hati seseorang

    Anda semua boleh melakukan sumbangan melalui web Groupon dimana sumbangan ini adalah disumbangkan kepada UNICEF(Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Marilah sama sama kita memberikan sinar dan harapan baru kepada kanak kanak seluruh dunia tak kira siapa mereka tapi yang penting, mereka ini merasa untuk menimba ilmu didunia ini.

    Senyum mereka, maniskan!! (diambil dari unicef malaysia)

    p/s: Jom sumbang RM10…(kalau tengok jumlah pembeli, setakat ini sudah ada RM80K lebih.)

    Filed under - Hidup UJ Tiada Komen setakat ini. Apa kata anda tambah??

  • 04
    Jan

    Karepek? Kerepek? Merepek?


    Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harapnya semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan tidak ditimpakan segala penyakit yang berat atau kesedihan yang amat sangat ya. Kalau berlaku juga, UJ harap segala masalah itu berlalu pergi dengan kadar yang segera.

    Seperti yang tercatat dalam tajuk entri, mesti semua tahu apa isi kandungannya kan?. Ya sudah semestinya bekisarkan tentang kerepek pisang. Kerepek pisang boleh dikatakan snek ringan yang mungkin boleh dikatakan oleh semua orang. Terdapat beberapa jenis pisang yang boleh dibuat kerepek tetapi yang paling UJ minati adalah kerepek pisang tanduk.

    Pisang tanduk adalah salah satu pisang yang bersaiz besar. Oleh kerana saiznya yang besar, biasanya orang akan membuat kerepek pisang tanduk secara membulat. Dengan membuat cara ini, ianya akan menghasilkan lebih banyak kerepek dan saiz yang sedang membuatkan ianya senang dimakan.

    Sedapnya kerepek. Enak dimakan selalu...

    Baca Seterusnya »

    Filed under - Hidup UJ Tiada Komen setakat ini. Apa kata anda tambah??

  • 04
    Jan

    Sekolah – Selamat kembali semua


    Salam 1Malaysia kepada semua penggodek semua. Harap berada dalam keadaan yang sihat. Pada yang sakit sakit tu, bolehlah kiranya dapat bertemu dengan para doktor dan jururawat untuk mengubati penyakit itu. Jangan pula dibiarkan melarat ya.

    Musim persekolahan telah pun bermula pagi tadi. Harapan UJ agar semuanya berada didalam keadaan yang ceria dan bersedia untuk belajar. Jangan nakal nakal dan membuat bising didalam kelas. Walaupun dapat berjumpa dengan rakan rakan lama bukan alasan untuk adik adik berborak bercerita apa yang dibuat pada masa cuti. Tapi rasanya macam sudah kurang berborak kerana sekarang semuanya berhubung melalui facebook kan!..

    sekolah

    Sayangi sekolah anda.

    Bagi warga mahasiswa pula, sekarang adalah masa peperiksaan akhir semester pertama bagi sesi 2011/2012. Semoga semuanya dapat menjawab soalan dengan tenang dan teratur. Ingat janganlah membawa segala toyol toyol, jin, dan sebagainya. Jawab dengan jujur dan ikhlas OK.

    Itu sahaja untuk celoteh untuk entri ini. Adios.

    Filed under - Berita Semasa Tiada Komen setakat ini. Apa kata anda tambah??

Previous Posts

  • Jan 03, 2012

    Tiada Komen

    Patutlah panas je…

    Salam 1Malaysia kepada semua pengodek siluar sana. Harap semuanya sihat sejahtera disamping keluarga tersayang. Kepada sesiapa yang mula mendapat simpton tidak sihat, bersegeralah jumpa dengan doktor. Supaya cepat sembuh UJ doakan. Patutlah asyik panas sahaja dalam bilik. Rupa rupanya, kad grafik komputer UJ minta suruh dibersihkan. Sebelum bersih, suhu ketika keadaan biasa ada 55-58 deg...

  • Jan 02, 2012

    Tiada Komen

    Tahun Baru – Azam Baru, Tema Baru, Orang je lama…

    Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat disamping keluarga yang disayangi. Kalau batuk batuk, demam dan tidak selesa, segeralah jumpa dengan doktor atau ambil ubat ubatan yang perlu. Yang tak perlu jangan ambil, nanti bertambah sakit. Dan UJ doakan semoga cepat sembuh. Tahun baru pun sudahlah menjelma....


RSS Feed

Subscribe to feed
get the latest updates!



    • Recent
    • Comments
    • Tags
    • 2013 – Sinar baru bagi diri ini
    • Kisah Hidup Nabi Muhammad (Ep 24)
    • Bicara Agama: Wanita boleh bersama kumpulan dipercayai.
    • Hasil Taman Sayur.
    • Kisah Hidup Nabi Muhammad (Ep 23)
    agama alquran amalan api kemarahan bicara agama blog cerita chuck drama ftp hadis hadis 40 hosting ibadah iman internet islam Jalan jalan kad grafik kisah nabi kisah nabi muhammad latihan industri LI m02 mahasiswa ump mekanikal automotif 07/08 mekanikal automotif ump muhammad nabi nabi muhammad novel nVidia pelajar puasa ramadhan sahabat sains solat streamyx syaitan tanaman tanam sendiri Terengganu tv series UMP
  • Advertisements

    imageimage
  • Top Commentators

    • Be the first to comment.

kibotnmos © 2026. All rights reserved.
A quality product by KreativeThemes