Salam 1Malaysia semua. UJ harap semua penggodek semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Kepada yang mendapat simptom seperti demam, batuk dan sebagainya, segera berjumpa dengan doktor untuk mengambil ubat bagi meredakan kesakitan yang dialami. Juga boleh menggunakan rawatan alternatif lain sekiranya mahu. Tapi UJ tiada tips untuk rawatan alternatif melainkan kalau demam, biasanya UJ ambil makanan panas seperti sup atau tomyam.
Kali ini UJ nak tunjuk beberapa(banyak sebenarnya) pokok yang berada dalam taman sayur UJ. Semuanya ditanam melalui biji benih, anak pokok mahu pun keratan. Jadi kepada sesiapa yang inginkan laman rumah penuh dengan sayur, boleh mulakan kerja kerja bertani sekarang. Tiada istilah terlambat dalam bercucuk tanam ni. Hehehe