Salam ramadhan kepada semua pembaca diluar sana. Semoga semuanya sihat sentiasa didalam bulan ramadhan yang mulia ini dan dapat meneruskan ibadah yang mulia dengan penuh kesungguhan dan kesempurnaan. Kepada yang sakit, segera berjumpa doktor dan kepada yang lain, puasalah dengan sepenuh hati dan sepenuh hari….hehehehe
Diam tak diam kita sudah masuk hari ke 17 berpuasa. Jadi tibalah kepada hari ke 17 yakni seperti yang telah ditetapkan pada hari ini adalah berlakunya peristiwa Nuzul Quran dimana ayat Al-Quran pertama diturun kepada nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Dalam Al-Quran sendiri menunjukkan bahawa Al-Quran itu diturunkan pada bulan ramadhan cuma tarikh yang spesifik ditentukan melalui kajian hadis dan catatan para sahabat dan tabiin. Tarikhnya pun berbeza mengikut pecahan, ada yang mengatakan 17 ada yang mengatakan 27 berdasarkan Al-Quran diturunkan pada malam lailatul qadar. Apa apa pun yang penting kita mesti mengambil salah satu tarikh dan menetapkan dalam hati Al-Quran itu turun pada bulan ramadhan berdasarkan dalil dibawah:
Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…
al baqarah:185
Jadi kita melihat bahawa telah diturunkan Al-Quran itu pada bulan ramadhan. Betapa besarnya bulan ramadhan ini sehingga peristiwa ayat pertama Al-Quran diturunkan didalamnya. Jadi sebagai hamba kita harus sentiasa mematuhi segala perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Al-Quran telah diturunkan secara beransur ansur selama hampir 22 tahun. Betapa lamanya penurunan Al-Quran itu menunjukkan suatu hikmah dimana Al-Quran itu sebagai pengajaran/petunjuk sekiranya berlaku sesuatu perkara, sebagai penyediaan kepada kaum muslimin agar tidak terlalu terkejut dan agar kaum kaum yang lain boleh menerima dan mengikuti perjalan Islam secara perlahan lahan. Kita sedia maklum dengan pepatah kita iaitu melentur buluh biar dari rebungnya, yakni kita lentur waktu dia kecil secara sedikit sedikit, barulah buluh itu dapat dilentur dan kita juga dapat lihat kesan air pada batu, walaupun kecil dan sedikit tetap boleh membuat lekuk pada batu itu.
Begitulah juga perihal Al-Quran ini. Penurunannya yang mengambil masa yang panjang adalah untuk membuat asas dan sambil mengukuhkan hati hati para muslimin yang baru sahaja menerima ajaran Islam. Apabila sempurna Al-Quran itu maka kukuhlah hati mereka dan kuatlah keimanan mereka kepada Allah.
Sekian sahaja entri UJ hari ini. Selamat bersahur semua.
entri-16-08-11/17rmdn1432H
11:45pm