Salam 1Malaysia kepada pengodek diluar sana. UJ doakan semua sihat sihat belaka. Kalau berasa sakit jumpalah kepada orang yang lebih utama iaitu doktor. Dan semoga cepat sembuh kepada siapa yang sakit tu.

Entri kali ini serba sedikit pasal diri UJ mengenal komputer dari kecik hinggalah ke dewasa. Selain itu, UJ ceritakan serba sedikit pasal kesukaan UJ dan kebencian UJ berkaitan dengan komputer. Walaupun benci bukan menunjukkan rasa benci yang melampau, tapi sekadar tidak suka [atau tidak gemar]. Bukan banyak pon, kalau dikira kadar tidak suka tu cuma 10% jer kalau dibandingkan dengan bencinya UJ terhadap rokok [jangan marah UJ yer, wahai perokok, siapa pun anda UJ terima seadanya… cuma UJ taknak jadi second hand smoker, buruk padahnya berbanding perokok…]…Hehehehe….

Pengenalan UJ terhadap komputer bermula pada darjah 3 ketika UJ bersekolah di SK Taman Alam Megah. Ketika itu UJ sangat seronok melihat komputer dan bermain permainan pelajaran interaktif kalau tak silap UJ permainan itu  berbentuk meneka objek dengan betul ala ala roda impian la. Kena isi huruf yang betul dan mukan mudah nak dapat markah tinggi. Selain itu ada juga perisian lain tapi UJ sudah lupa.

Seterusnya bapak UJ telah membelikan komputer pada tahun berikutnya kerana UJ teringin sangat nak pakai komputer [x silap UJ, masa tu Pentium 2 rasanya]. Lalu bapak UJ membeli sebiji komputer di Makro [sekarang Tesco extra] tanpa ada OS didalamnya. Sudah UJ tidak tahu, balik umah pasang takde nampak apa apa melainkan skrin boot sahaja. Kemudian bapa UJ hantar ke kedai dan barulah tahu yang komputer tu kene pasang OS dia sendiri. Hehehe, mana kita nak tahu. Orang kampung katakan. Setelah siap di pasang, OS barulah UJ dapat bermain dengan seronoknya komputer itu dan yang paling baiknya, orang yang menginstall OS tu memberikan sekali akaun tmnet untuk UJ bermain internet. Tapi bukan selalu pun bermain internet kerana memang tiada pengetahuan apa pun pasal internet. Yang popular ketika itu ialah IRC atau internet relay chat atau lebih kurang laman sembang. Itulah yang selalu dimain oleh UJ, kakak dan abang UJ sendiri.

Selepas itu, UJ mula meminta bapak UJ membelikan printer. Masa pertama mendapatkan printer sudah cukup bangga. Heheheh… Orang kata macam dunia ini kita yang punya. Macam macam yang UJ print dari lukisan dekat paint hinggalah jadual kelas UJ semasa darjah 4. Kemudian komputer itu terbiar sebab kakak dan abang UJ serta UJ sendiri pergi ke sekolah agama berasrama. Sehingga akhirnya dia rosak begitu sahaja. Tamatlah penggunaan komputer oleh UJ… tapi story belum tamat lagi.

Seterusnya semasa UJ di tingkatan 1, sekolah swasta yang UJ amik ini ada menawarkan pelajaran komputer. Jadi UJ dapat belajarlah dengan lebih lanjut pasal word, excel, presentation dan sebagainya. Masuk tingkatan 2, UJ sudah ada emel sendiri iaitu norzik14[at]hotmail[dot]com [14 adalah umur UJ masa tu]. Pada tingkatan 2, UJ meminta pada mak UJ untuk membelikan komputer baru dan UJ memilih laptop kali ini. Lalu UJ, mak dan pak UJ pergi ke court mammoth untuk membeli laptop disana [kemudahan berhutang]. Laptop masa itu sangatlah mahal, laptop UJ kali pertama berjenama NEC dan harganya RM4999. Boleh dapat 2 bijik sekarang ni. Tapi itulah paling murah pada masa itu. Dan laptop itu UJ pakai sehingga UJ habis spm sebelum ianya rosak sebelum UJ nak masuk matrik.

Seterusnya apabila UJ masuk ke dalam matrikulasi, UJ cakap dekat mak UJ yang UJ memerlukan laptop untuk membuat kerja. Jadi pada pc-fair 2006, UJ dan mak UJ pergi membeli laptop baru. Laptop ini adalah generasi terakhir sebelum era dual core dan core core yang banyak. Oleh kerana UJ telah mempunyai pengetahuan dalam menginstall OS, maka UJ install sendiri OS itu dan berjaya melakukannya. Semuanya diatas jasa baik majalah yang dikeluarkan oleh kumpulan karangkraf sdn bhd. Dan sampai sekarang laptop tu belum rosak.

Kemudian masuk universiti, UJ mula mencabar diri untuk membina PC sendiri kerana mempunyai keyakinan itu. Alalu berbekalkan duit PT… UJ menuju ke Plaza Lowyat untuk membeli barang barang PC dan memasangnya dirumah. Dan UJ berjaya dari zero hingga ke porses memasang OS. Semuanya UJ melakukan sendiri tanpa ada panduan yang banyak. Sikit sangat kalau nak bandingkan dengan sekarang ini.

Sebenarnya, penglibatan UJ secara tidak langsung adalah melalui pembacaan majalah PC bahasa melayu no 1 di Malaysia iaitu Majalah PC keluaran KarangKraf. Dari sini UJ mengambil pelbagai ilmu seperti processor, ram dan sebagainya.  Hatta semasa universiti pun budak komputer yang belajar setahun pun masih menanyakan kepada UJ pasal peralatan UJ [bukan UJ nak bangga yer…~^_^~]. Uj melanggan majalah tersebut selama 4 tahun dan terus mendapatkan maklumat secara total dari situ.

Sekarang UJ telah menyukai PC desktop bukannya laptop kerana keupayaannya untuk dinaik taraf dan kemudahan untuk membaikinya. Bagi UJ amat rugi kalau membeli laptop yang mahal mahal [melebihi RM4K], lebih baik beli desktop dan baki itu boleh beli laptop yang biasa sahaja. Dan desktop UJ ini telah UJ tukar dari sistem yang lama menggunakan AMD kepada sistem baru menggunakan Intel.

Itu sahajalah cerita UJ pasal PC ni. Dan setrusnya UJ nak menceritakan pula apa yang UJ suka pada PC sama ada OS, antara muka dan sebagainya. Antara perkara menjadi kesukaan UJ:

1.  Menaik taraf PC. Sesuatu yang meneyeronokkan tetapi kalau ada banyak duit la.

2. Konsep minimalism dalam OS. Kalau boleh UJ biarkan sahaja OS sama ada xp atau win7 tidak terusik. Semakin simple semakin bagus.

3.  Overclock. Memang seronok tetapi UJ tak berani nak OC lebih lebih. Karang rosak takde duit nak beli baru. Heheheh

4.  Membaca teknologi terkini seperti processor baru intel ke, AMD ke dan sebagainya. Boleh kata cuci mata sikitlah [cuci mata bukan pada pompuan je…]

5.  Membeli barang yang tidak perlu pun [sekadar suka suka]. UJ ni suka membazir wang kearah barang yang tidak perlu seperti keyboard dan mouse gaming. Padahal UJ bukan main game pon.

6.  Menonton cerita HD. Semenjak memakai skrin 24 inci, memang kene tengok muve yang HD sahaja. Rip rip ni tak main. Hahahaha [bukan sombong… cuma tak suka tengok gambar pecah]

7.  Membaca blog orang, forum dan mencari barang barang. Memang seronok membaca blog orang. Lebih lebih lagi UJ memang suka menengok gelagat orang lain didalam dunia siber ni.

Dan apa yang UJ tak suka.

1.  Teknologi bergerak terlalu laju. Payah nak ikut dan membuatkan harga barang second jatuh laju. Camni susahlah UJ nak jual balik PC UJ ni kalau nak naik taraf…hehehe dan menaikkan harga dengan cepat bagi teknologi lama seperti RAM. Bayangkan dulu 2gb RAM baru RM 60 sekarang dah naik kepada RM150…huhuhuuhhu

2. Komputer atau OS dipasangkan dengan aplikasi sampah yang kononnya menyenangkan mereka. Hahahaha. Aplikasi yang tak perlu seperti dock ke, widget ke, benda tu bukan perlu pon, membuatkan memori makan dengan lebih banyak jer. Kadang menyusahkan jer. Tapi nak buat camnerkan. Dah dorang suka. [UJ kalau dorang suruh tengokkan komputer dorang, kalau ada benda ni UJ akan bebel habis2an…hehehehehe]

3.  Memasang theme, dan tukar ikon tetikus. Ni pon sama je macam atas tu. Memang UJ benci sesangat. Heheheheh UJ memang pakai theme asal je, cuma tukar wallpaper. Biar sedap mata memandang.

4.  Bertanyakan UJ soalan yang basic [komputer] tanpa meng’google’ terlebih dahulu. Dah duduk dalam dunia internet [internet UMP laju da] carilah dulu dalam google sebelum bertanya. Ini tak, malas tak bertempat. Nak suruh orang jugak carikan. Rasanya kene ajar cara cara mencari menggunakan google kepada dorang ni. Huhuhuh.

Rasanya ini sahaja kot yang. Perkara yang UJ benci memang sikit jer, itu sebab pengalaman UJ dengan komputer. Yelah, pasang aplikasi yang sebegitu boleh jer, tapi tengok tengok la kemampuan komputer anda.

Apa apa pun semua itu terserah kepada diri masing masing. Walaupun UJ benci benda benda camtu, tapi UJ diamkan aja sebab takde efek pon pada diri UJ dan diri diorang.

Itu sahaja cerita UJ kali ini. Okla. Babai….

]

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

Apa yang nak di kata?