Isnin lepas, UJ dan ibunda tersayang pergi ke pejabat Takaful Ikhlas untuk memperbaharui insurans motorsikal ninja 250r UJ a.k.a ninja kecik. Masa beli hari tu harga insurans tu adalah dalam RM800 lebih. Memang sudah diketahui motor begini memang mahal kerana jumlah yang diinsurankan dan tambahan lagi jenis perlindungan insurans iaitu komprehensif(dikenali sebagai First Party bukan first lady…hehehe).
Untuk kali ini juga selepas mendapat NCD atau diskaun tanpa menuntut klaim sebanyak 15%, harga insurans masih RM800 lebih juga. Tak tahulah pihak takaful ni memang makan lebih ke, tipu ke sebab kalau kita masukkan apa yang kita nak dekat laman web insurance info, sepatutnya insuransnya sekitar RM600 lebih sahaja. Jadi kemuskilannya disini adalah kemana datangnya tambahan RM200 lebih ini? Dikira juga daripada polisi yang dikeluarkan tidaklah berhaga RM 800 le dan tiada pula dicatatkan lebihan RM200 itu. Ntahlah mungkin UJ tak berapa faham tentang dunia insurans ini. Nanti akan merujuk pada orang orang yang lebih arif.
Apa apa pun, ninja kecik dah boleh dibawa kemana mana sahaja diatas jalan Malaysia yang indah ini secara halal. Selama ni bawa secara haram dan boleh membahayakan kebanyakan orang. Heheheh