Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Harap semuanya berada dalam kegembiraan dan kesihatan yang optima dan bahagia bersama kaum keluarga. Kepada yang tengah sakit atau nak dapat sakit, silalah dengan segeranya bertemu pakar kesihatan. UJ doakan semoga cepat sembuh.

Buntu?

Apa yang dibuntukan UJ ni?? Hahahah sebenarnya takde apa apa pon. UJ sekarang ni tengah belajar bermain kiub rubik. Bermain disini bukanlah bermain main dengan membuang masa tetapi lebih kepada menyelesaikan masalah kiub rubik itu. Oleh kerana agak payah sebab itu UJ mengatakan ianya memberikan kebuntuan kadang. Macam da tidak boleh fikir padahal pegerakan permukaan itu sangat senang.

image taken from chessandpoker

Orang kata, UJ sampaikan jer. Nak belajar kena ambil tahu caranya. Macam menyelesaikan masalah kiub rubik ini, terdapat beberapa Algorithm yang dibuat untuk kemudahan menyelesaikan masalah rubik tadi. Cara menyelesaikannya paling pantas adalah sebanyak 20 pegerakan. Untuk pengetahuan semua rekod dunia pada masa ini untuk rubik 3x3x3 adalah sekitar 7 saat. Adalah tambah tolak sikit kat 7 saat itu. Heheheh.

UJ memohon 2 orang cikgu dan cikgi mengajar UJ tentang kiub rubik ini iaitu en. Alliff dan en. Omar. Sebagai balasan kena belanja mereka. huhuhuh. [Dah selesai baru aku belanja korang berdua]

Untuk makluman kiub rubik ini akan UJ sambung selepas ini. Baiklah selamat Hari Raya semua.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

Apa yang nak di kata?