Majlis berbuka puasa.
Selalunya majlis majlis ini dianjurkan sekali sekala. Tetapi bagi UMP, aktiviti dianjurkan sehingga pelajar bercuti yang hampir 23 hari. Program ini bermula dari tahun lepas dimana ianya adalah sumbangan ikhlas dari staff staff dan pelajar UMP [setakat yang diketahuilah] yang ikhlas memberi sumbangan. UJ tidak pasti sama ada tahun ini pun masih sama atau tidak sumbangannya tapi kita bersangka baiklah. Mungkin juga ada sponsor luar?
Untuk hari pertama, UJ dan en. Afnan turun untuk membantu para petugas untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Boleh dikatakan hamper 80% pelajar KK5 berbuka di majlis berbuka puasa ini. Yalah duduk diPekan dengan kurangnya bazar ramadhan mengurangkan ruang pelajar untuk membeli juadah berbuka. Jadi, majlis inilah yang akan dihadiri pelajar untuk berbuka disamping menjimatkan duit belanja. Hehehehe.
Sedikit gambar.
Rasa itu sahaja yang boleh diceritakan. Esok kita sambung dengan benda benda lain pula. Kepada yang membantu tu, terima kasih banyak banyak. Kepada yang teringin membantu tu, cepat cepatlah datangkan diri ke Kafe sementara fkm dan fkee. Banyak pahala kalau menolong. lebih lebih bulan puasa yang mulia ini… Amat digalakkan.
huh..bnyknye leher ayam
[Balas Cakap]
UJ Reply:
August 13th, 2010 at 11:30 am
alah, leher ayam xde sapa nak makan…. ambil je la…
[Balas Cakap]