Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Harapnya semua sihat sihat belaka. Kepada yang sakit, tidak sihat dan sebagainya, segeralah berjumpa dengan doktor agar kesihatan tu kembali pulih sedia kala.

Tentu semua pelik sebab blog UJ tak update begitu lama. Hal ini disebabkan UJ terslalu sibuk menguruskan Projek Sarjana Muda a.k.a PSM atau FYP kata orang putih. Kemudiannya berlaku masalah teknikal dengan penyedia hosting UJ dimana mobile broadband tidak dapat mengakses masuk ke server mereka. Hanya internet berwayar sahaja yang dapat masuk.

Baiklah terus ke tajuk utama. Hari ini bermulalah tajuk baru bagi semua pelajar UMP tahun akhir yang berjaya menempuhi semester 7 dengan jayanya. Untuk semester terakhir, hari ini merupakan hari mereka akan mendalami dunia industri. Semester akhir ini dikenali sebagai Latihan Industri (LI) atau industrial training dan juga lebih kurang internship.

Sebenarnya LI dijalankan selama 6 bulan dan menjadi keistimewaan UMP iaitu dijalankan pada semester akhir tahun pengajian. Oleh kerana menurut kata badan badan bertindak dalam negara ini, UMP terpaksa akur mengubah format LI mengikut format standard universiti biasa iaitu 3 bulan dan bukan pada tempoh akhir pengajian. Ini menyebabkan UMP hilang lagi satu keistimewaannya sebagai universiti teknikal. Bermula tahun depan, format baru LI akan diguna pakai dan pelajar tahun akhir bagi tahun pengajian 2010/2011 adalah kumpulan terakhir LI di hujung semester pengajian.

Walau apa pun yang terjadi, UJ ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua kawan kawan UJ yang menjalani LI pada hari ini [UJ cuti hari ini, esok baru masuk] dan kepada beberapa orang rakan rakan UJ yang berada di UMP tu, semoga berjaya dengan PSM korang. Harap boleh dapat A. Nescaya CGPA korang meningkat nanti. hehehehe.

p/s: lupa lak, UJ LI di johnson&johnson… jauh juga perjalanan dari shah alam ni….huhuhuh

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,

Apa yang nak di kata?