Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Harap semuanya berada didalam kehidupan yang sihat dan dipenuhi dengan keceriaan alam ini serta sepanjang kehidupan anda. Kepada mereka yang menggalami sakit sakit atau bahasa lainnya tidak sihat, segeralah berjumpa dengan pakar kesihatan yer.
Kembara M02 ke Terengganu.
Kali ini Kanak Kanak Riang M02 the series bersambung lagi dengan cerita yang baru iaitu perjalanan ke negeri Terengganu Darul Iman. Ikuti segala cerita, kisah dan pengalaman ahli ahli M02 sepanjang berada disana.
Alkisahnya bermula…
Trip M02 ke negeri pantai timur.
Akhirnya, UJ sudah pun menghabiskan “masa masa cuti” di sebuah negeri dipantai timur yang terkenal dengan makanannya, sumbernya, binaannya, serta pelbagai lagi khazanah yang boleh kita kenali hanya dengan menyebut salah satu kata kunci ikon negeri tersebut. Kalau tidak kerana keropok lekor atau losong atau satar, batik atau tenun, minyak petroleum atau gas asli, Masjid terapung atau Masjid Kristal dan pelbagai lagi, tentu kita tidak mengenali negeri Terengganu kalau tiada semua itu diperkenalkan kepada kita asal usulnya.
Selama 3 hari 2 malam, kembara M02 ke Terengganu telah berlangsung pada tarikh 30 julai hinggalah ke 1 ogos 2010. Motif kembara ini ada tidak bukan kerana menerima undangan ahli kumpulan M02 iaitu encik Hafizi atau pijie [rujuk sini dan sini]. Perjalan selama lebih kurang 5 jam yang disertai 19 orang kumpulan ahli M02 [daripada 27 orang] dan termasuk tuan rumah menjadikannya sebanyak 20 orang.
Konvoi bermula sekita pukul 3.30 petang dengan pergerakkan rasmi dari 5 buah kereta iaitu kereta kancil [2 biji], kereta iswara [2 biji] dan kereta UJ iaitu wira. Sesi mengisi minyak dilakukan di stesen minyak shell jalan bypass ke kuantan. Dalam sibuk menunggu sesi bergambar antara ahli ahli kumpulan dijalankan.
Seterusnya pasukan menempuh perjalanan yang penuh liku dan selekoh, bonggol serta jalan yang tidak rata sepanjang perjalanan kesana. Lebih kurang pukul 7.30 malam, lima biji kereta ini tiba di perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau bahasa popular masjid terapung. Pertama kali dalam sejarah UJ melihat masjid terapung didepan mata membuatkan hati tersentuh dengan keunikkan dan keindahahan masjid tersebut. Berlaku juga sesi bergambar disini.
Setelah bersolat jamak dan qasar, ahli M02 seramai 20 orang meneruskan perjalan yang tinggal lebih kurang 15 minit ke rumah en. pijie. Kerana hari pun sudah malam dan badan sudah letih serta ramai lagi yang belum mandi, menyebabkan semua tidak sabar sabar ke rumah en. pijie kita.
Akhirnya sekitar pukul 9 malam, sampai lima buah kereta itu di halaman rumah pengundang kita. Dengan hati yang gembira dan perasaan suka semua naik keatas untuk merehatkan badan sebelum mandi, makan dan berehat menantikan sesuatu yang akan dibuat pada pukul 12 tengah malam seperti yang telah dirancang sebelum ini. Apa dia??? Kita nantikan sambungannya selepas ini.
Gambar yang telah diambil.
Nantikan sambungannya esok…. Hehehehehe