Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Harap semua sihat hendaknya. Kalau berasa tidak sihat, UJ nasihatkan bersegera jumpa pakar pakar kesihatan agar kesihatan kita dapat dinaikkan pada paras yang optimum.

Baiklah, UJ releasekan entri berkisar kehidupan didunia baru, kk5 di ump cawangan pekan [macam besar pula UMP ni… Hahahaha. Takde kampus pekan je… saje nak gempak sikit.]

UJ sampai disini pada hari sabtu yang lalu. Oleh keran penat memandu, UJ tidak kemas terus tidak seperti selalu. Proses permindahan barang adalah suatu kerja yang menyiksakan jiwa dan rohani. Hahahah. Sebanyak 5-6 kali UJ turun untuk mengangkat barang kerana kali ini UJ mendapat tempat di tingkat teratas sekali. Disebabkan nombor matrik budak automotif bermula huruf M dan seterusnya adalah H. bagi budak pure dan manufact, no matrik diorang adalah MA dan ME. Sedaplah duduk bawah jer. Yang pelik sekali budak tahun 3 pon ada gak duduk bawah. [alah UMP, kenapalah ko tidak susun mengikut sistem giliran atau penuhkan dulu bawah2 tu ngan budak tahun 4]. Apa apa pun lupakan pasal sakit mengangkat barang dan kepenatan dia. Tolak tepi semua itu.

Mari kita teruskan dengan cerita sebenar UJ. Ok gambar kat bawah ni menunjukkan blok UJ iaitu blok B. bilik UJ kat atas sekali belah kiri.

kk5

Blok B dari pandangan tepi

Blok A dari jauh. Blok perempuan ni...

Duduk dipekan ini istimewa kerana satu satunya U yang membenarkan haiwan haiwan korban “bekerja” disini sebagai tukang kebun. Sambil memotong rumput dan memberikan baja pada rumput rumput disekitar UMP.

Peragut tengah meragut

Siap bawak keluarga lagi meragut

Di dalam asrama terdapat banyak kemudahan seperti mesin basuh [macam ambil di gambang jer..] dan mesin RO yang baru sahaja siap pasang pada sabtu lepas.

Mesin basuh di bilik membasuh

Mesin RO yang terdapat di KK5, aras bawah

Ini pulak adalah kafetria yang rasanya macam tidak cukup jer nak menampung pelajar yang berjumlah 600 orang [tunggu hari ujung minggu ni. Nak tengok keadaannya bagaimana.]

Kafetaria KK5

Tapi apa yang menariknya, dekat sini sistem hiburan dia dilengkapi dengan tv LCD rasanya 50 inci dan skrin layar untuk projektor. Malangnya tiada servis astro untuk masa terdekat ni.

Fuyoh, ada tv LCD... besar plak tu

Layar skrin yang tidak begitu gergasi la...heheheheh

Yang ini pandangan “menarik” dari bilik UJ. Kalau tengok pada waktu malam boleh la nampak sampai ke jalan nak keluar UMP pekan ni.

Pandangan yang "menarik"

Pemandangan waktu malam...

Disebabkan terlalu baru, jadi banyak lagi belum ada seperti meja belajar, tong sampah dan hostel amat lah mudah dimasukki air kalau hujan turun. Tapi takperlah kalau tindakan penambahbaikkan akan dilakukan.

Itu sahaja entri kali ini. Sekian terima kasih UJ sebutkan kepada semua pengodek diluar sana kerana membaca entri UJ ni. Kalau ada facebook, apa kata klik kat atas sana tu…heheheheh

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,

6 Kata


  1. Mizi on 11 Aug 2015

    Salam. ?? nak tanya. Kiranya satu rumah duduk dengan kwan yang sama course jela? Tak boleh campur?

    [Balas Cakap]

    UJ Reply:

    Kalau di gambang memang akan duduk dengan group yang satu course. begitu juga bilik2 di pekan. sebab permohonan mesti dilakukan secara mengisi nama. Tapi itu dahulu. tidak pasti pula keadaan sekarang kerana 4 tahun sudah saya menjadi alumni di UMP….

    [Balas Cakap]

  2. naufal on 13 Jul 2010

    peh….
    gila lawa kk5 kat pekan…..
    nnt aku nak try tdo semalam kt cni ah weh…
    nak rasa cmne asrama baru…..
    hehehehehehehehehhehehe…..

    [Balas Cakap]

    UJ Reply:

    datanglah kalau rajin….bleh jer nak lepak bilik aku… tapi naik tingkat 3…hahahahaha

    tapi itu luar jer… dalam belum tgk lagi….hahahahah

    [Balas Cakap]

    naufal Reply:

    aha….
    no problem la zic…
    bilik aku kt asrama skg ni pn tingkat 4…
    lagi tinggi wooo….
    xpe2….
    aku bab2 dalam ni xkisah sgt…
    lgpn kan baru lg kk5 tuh….
    nnt lama2 cun la tuh…..

    [Balas Cakap]

    UJ Reply:

    owh ye ke… hahahaha… memang penatlah…

    lagi satu kat sini parking punya lah susah….

    tak tau la sape yg design parking utk blok ni sikit sangat… 10% jer dari 200… bayangkan…huhuhuhu


Apa yang nak di kata?