Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Harap semua sihat hendaknya. Kalau berasa tidak sihat, UJ nasihatkan bersegera jumpa pakar pakar kesihatan agar kesihatan kita dapat dinaikkan pada paras yang optimum.

Kali ini UJ nak menceritakan perihal kawan kawan UJ di UMP untuk edisi kedua pula. Mereka ini tambahan kepada mereka yang mewarnai kehidupan UJ di UMP. Untuk kali ni UJ cerita lima orang sahaja. Sebenarnya UJ telah kelaskan kawan kawan UJ mengikut rumah, edisi pertama rumah N19, edisi kedua rumah O35 dan edisi ketiga, rumah UJ sendiri dan yang terakhir adalah kawan kawan UJ yang tidak tinggal bersama (tinggal lain lain tempat).

Ini adalah en. Alliff. Orangnya berasal dari bumi kenyalang dan ikan terubok masin serta kek lapis. Mana lagi kalau bukan Sarawak tu. En. Alliff seorang agak kurus, berketinggian sederhana dan berkulit cerah. Hobinya hari hari bermain game dota. Heheheh. Tapi walaupun bermain game tetap pandai. Ejaan mudah untuk nama dia adalah alep…hehehehe. Ha sebelum terlupa, selain main dota, Alep ni suka photoshop gambar dia. Kira orang yang suka mengedit gambar la. [UJ jer yang tak suka edit gambar, rasanya kene main lomo kot supaya tak yah edit gambar langsung…heheheh]

Ini pula en. Omar arshad. Bukan adik beradik sudirman tau. Berasal dari Johor darul Takzim. En. Omar ni berkulit gelap [orang Malaysia] dan tingginya lebih kurang UJ [lebih kurang, tumpu part yang kurang tu…hehehehe]. en. Omar ni kalau buat nescafe 3in1 mesti guna pembungkusnya untuk mengacau air tu. Siap pernah cakap kat UJ lagi sebab pembungkus tu panjang adalah untuk digunakan sebagai pengacau air nescafe. Ada ada je la ko ni, omar. Lagi satu omar ni pantang jumpa kamera. Biasalah, kalau perempuan pantang jumpa kamera nak bergambar, Omar plak suka menangkap gambar.

Yang ini en. Hanif kasmani. Dari nama dah tau da memang orang jawa. Dia ni mari dari negeri Sembilan darul khusus. Berkulit standard orang Malaysia [yakni gelap la]. Yang ini tak minat game dota, tapi minat main game PES, lumba kereta [nfs] dan lain lain game. Yang lain hobinya mendownload cerita daripada FTP ump. Hehehehe. Oh, lupa plak nama pendek ialah anep… [anep, sijil da siap ker??? Heheheheh]

Seterusnya ni pulak roommate dia iaitu en. Rizuan musa. Orang ini datang dari selatan tanah air yang bernama johor. Hehehe. Ciri ciri orang ini seperti berkulit cerah, badan sedikit besar dan tinggi pon seperti UJ [±4cm kot]. Memiliki kereta kancil seperti kawan UJ yang satu orang lagi tu. Tapi kancil dia ini lain sikit sebab da di modi2. Hehehehe. Nama pendek rizuan adalah dok [sama seperti en. Keanu, UJ tak tau camne nak eja nama pendek dia. adakah dok ke, douk ke, dan seterusnya. Jangan tereja dog sudahla… jangan marah tau dok..] Dan pesanan terakhir, dia ini sudah berpunya. Hehehehehe…

Dan yang terakhir adalah en. Saiful kita. Berasal dari KL atau ibu negara bagi Malaysia. Orangnya berkulit putih dan tingginya rasa rasa lebih kurang en. Alep. Dulu selalu jugalah tumpang UJ kalau balik bercuti. Dia ni jugak memiliki sebiji motor Yamaha LC. Hari tu, semasa kenduri kahwin kakak dia, UJ dan hampir semua rakan sekelas dan juga pensyarah UJ turun meramaikan lagi majlis tu. Terima kasih sekali lagi tau, epul. Epul tu la nama pendek dia.

Cukup untuk kesemua kawan kawan UJ bagi rumah kedua. Sebenarnya, UJ membuat edisi ni agar lebih senang nak tengok kawan kawan UJ, takut nanti terlepas. Lepas ini UJ akan sambung dengan housemate UJ… Opppsss. Bukan housemate, tapi ex-housemate. UMP da susun balik ikut nombor matrik dan semua kawan kawan UJ, housemate dorang dan housemate UJ berpisah, tapi ada jer yang tak seperti en. Alep dan en. Omar, mereka ada sebilik sem depan.

Oklah nantikan sambungannya lagi untuk edisi ketiga dan edisi keempat. Edisi ketiga adalah housemate UJ dan edisi keempat adalah kawan2 UJ yang duduk tempat lain. Oklah, babai…adios amigos…

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , ,

Apa yang nak di kata?