Salam kepada semua penggodek diluar sana. Harap semuanya berada didalam lingkungan perlindungan Allah swt dari segala bala bencana dan sakit serta kekurangan. Cukuplah Allah menjadi perlindung dan mencukupkan segala sesuatu untuk kita. Kepada yang mengalami demam ke, kurang sihat ke, banyakkan berehat ok, dan jumpa doktor lepas berbuka nanti. Kalau rasa macam dah teruk sangat, dinasihatkan berbuka sahaja.

Hari ini UJ nak berkongsi pasal resepi untuk juadah berbuka puasa. Sebenarnya dah lama nak buat tetapi agak kesempitan masa(atau malas…heheheh) dan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Perkongsian ini dibuat pun sebab terdapat begitu banyak hit pada kata kunci “juadah berbuka puasa”, jadi UJ akan letakkan beberapa resepi seperti kuih muih dan lauk pauk. Tetapi apa yang UJ letakkan adalah anggaran sahaja sebab UJ masak tak ikut timbang timbang, ikut hati dan rasa.

Untuk menu juadah berbuka hari ini adalah juadah sampingan iaitu kuih popia dan tauhu sumbat. Kedua dua kuih ini selalu kita lihat di bazar bazar ramadhan. Jadi apa kata kita buat sendiri. Sudah tentu dijamin sedap dan menyelerakan.

pic hosted @kibotnmos

Popia Goreng

Bahan bahannya:

  1. Kulit popia, boleh didapati di pasar raya
  2. Sengkuang, sederhana besar
  3. 3-4 Batang lobak merah
  4. Sedikit tepung gamdum dibancuh dengan air

Cara membuatnya:

  1. Sagat lobak merah dan sengkuang mengikut kegemaran masing masing, ada orang suka halus dan ada setengahnya sukakan sederhana halus, jadi cari mata sagat yang sesuai.
  2. Gaulkan kedua dua bahan tadi dengan sebati. Letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian, perahkan inti tersebut kerana ianya mengandungi banyak air. Kalau nak lagi sedap bolehlah diletakkan udang kering yang telah ditumbuk halus. Tapi letakkan udang kering selepas inti tersebut diperah.
  3. Kupas kulit popia satu persatu. Letak kulit popia secara 45 darjah atau berbentuk “diamond”.  Letakkan sedikit inti kira kira 1/4 daripada bucu kulit popia bahagian bawah(yang menghadap anda). Lipat kulit popia daripada bahagian bawah diikuti kanan dan kirinya, kemudian gulung popia tersebut sehingga hujungnya.
  4. Letakkan sedikit tepung yang telah dibancuh tadi. Ini adalah sebagai gam untuk kulit popia bercantum dan mengelakkan daripada terbuka.
  5. Selesaikan sehingga habis kesemua kulit popia/inti.

Sos

Bahan bahannya:

  1. Cili giling
  2. Gula merah
  3. Cuka
  4. Garam dan serbuk perasa
  5. Sedikit air.

Masukkan kesemua bahan dan masak diatas api kecil sehingga masak. – untuk sos ini, UJ akan pastikan balik sebab mak UJ yang buat selalunya…heheheh

Untuk resepi kedua iaitu tahu sumbat,

pic hosted @kibotnmos

Bahan bahannya:

  1. Tauhu
  2. Taugeh
  3. Timun

Cara membuatnya:

  1. Kunyit dan garamkan tauhu tersebut kemudian goreng sehingga garing. Ingat jangan terlalu garing pula.
  2. Biarkan tahu tersebut menyejuk untuk memudahkan proses memotong.
  3. Pada masa yang sama, celurkan taugeh didalam air panas supaya taugeh menjadi lembut. Jangan biarkan taugeh menjadi telalu lembut. Kemudian timun haruslah di hiris dan membentuk seperti “french fries” tetapi ianya lebih halus.
  4. Gaulkan kedua dua bahan tadi sehingga sebati.
  5. Ambil tauhu yang telah dipotong tadi kemudian buat belahan ditengah tengah tauhu yang telah dipotong tadi.
  6. Masukkan inti tauhu tadi sehingga penuh.

Sos

  1. 2 ulas bawang putih ditumbuk halus
  2. 5 sudu besar sos cili
  3. 2 sudu kecil gula
  4. sedikit air suam

Campurkan semua bahan diatas sehingga sebati. Seimbangkan bahan bahan tersebut sehingga mendapat sos yang sesuai menurut mulut anda.

Itu sahaja 2 resepi yang UJ dapat kongsikan hari ini. Bertemu pada masa akan datang pula.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

Apa yang nak di kata?