Tamatlah perkhidmatan streamyx

Streamyx rumah UJ akan ditamatkan tak lama lagi. Jadi apa penggantinya kepada UJ sebagai pengguna internet tegar ni? Jawapannya adalah internet mudah alih atau bahasa jawanya ialah “mobile broadband”.

Kenapa UJ tamatkan perkhidmatan streamyx? Semuanya disebabkan cajnya terlalu mahal yakni RM110 sebulan dan tiada siapa [jarang sangat] ahli keluarga UJ yang pakai melainkan UJ seorang. Jadi lebih baik potong sahaja internet dan talian telefon tu daripada memberi sumbangan percuma kepada TM. Heheheheh…

Sekarang UJ beralih kepada mobile broadband. Cukuplah setakat nak tengok youtube ker, download benda benda yang kecil kecil seperti muzik atau sebagainya. Tapi sebenarnya ini Cuma bertahan beberapa bulan sahaja. Lepas UJ dah kerja sendiri nanti, UJ akan mohon semula talian internet berwayar kerana kestabilan dan tiada capping. Hehehe…

Modem digi...

UJ kini melanggan pakej digi broadband iaitu pakej “discover day plan”. Kebaikkan dia: harga yang murah dan kuota yang tinggi berbanding pakej telco lain. Keburukan? Hanya 7 pagi hingga 7 malam sahaja internet akan menjadi laju iaitu melebihi 700kbps. Lepas waktu ini? Jadi 128kbps. Huhuhu. Sangat perlahankan. Tapi bolehlah untuk melayari dengan penuh kesabaran. Huhuhu.

Mungkin bulan depan UJ akan naik taraf kepada plan yang lebih tinggi sikit untuk mengelakkan had kelajuan. UJ bukan boleh terima internet yang perlahan ini. Heheheheh.

Jadi itulah cerita pasal broadband yang UJ dah guna dan sedang guna. Kepada digi telecommunications, saya ada cadangan iaitu:

1.  Pakej discovery day ok dah cuma masa tak kena, kalau boleh buat dari pukul 9 pagi hingga 12 tgh malam. Tak salahkan kalau pengguna anda berpuas hati sedikitkan?…

2. Had limit kelajuan kalau boleh jangan letak 128kbps. Memang ianya masih laju tapi kalau boleh naikkan 2 kali ganda, iaitu 256kbps [lebih kurang anda punya teknologi EDGE-224kbps].

Kepada TM pula:

1.  Tolonglah kurangkan kos broadband. Dari dulu hingga sekarang harga tidak pernah berubah. Yang berubah hanyalah untuk golongan tertentu sahaja. Anda sepatutnya bertindak lebih adil kerana bukan semua orang mampu.

2. Bagilah rebet atau diskaun kepada mereka yang dah lama pakai streamyx dengan anda. Susah sangat ke kalau nak menghargai pelanggan dengan memberikan diskaun RM10 atau RM20 sebagai menghargai pelanggan? Tak rugi pun malah menggalakkan pelanggan untuk mencuba plan streamyx yang lebih tinggi.


Setakat itulah celoteh UJ kali ini. Apa apa pun tahun depan UJ akan pakai UNIFI agaknya kerana sudah tiba ditempat UJ. Hari tu balik, UJ nampak kat tiang telefon penuh kabel baru. Tak sabar rasanya nak pakai UNIFI….

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , ,

2 Kata


  1. Anneeza on 11 May 2011

    Skrg awk msh guna Digi Day Plan ke?
    Saya kat umh ade Streamyx Wifi.. tp siang the whole day xde kat umh sbb bekerja.. malam baru dpt guna.. Kat opis lak mcm2 website kene block.. salu je teringat dgn DG Day Plan.. xtau berbaloi ke x kalau amik.. Streamyx Wifi skrg lak salu buat hal.. asal pkl 10pm ke atas je salu xleh guna.. xleh connect.. bayar xpnh pun tertunggak.. tp dpt servis buruk.. Sori, termengadu plak dgn awk.

    Sbnrnya nak mtk pndpt ttg DG Day Plan.. RM38/mth

    [Balas Cakap]

    UJ Reply:

    sekarang dah tak pakai…. sebab dah pakai unifi…. kalau nak guna kat ofiz sangat ok yang penting ofis dalam kawasan 3g/broadband digi….

    tapi lepas pukul 7, plan ni akan jadi slow sebab memang dia macam tu….kalau nak puas hati ambil yang rm68 tu….

    Streamyx Wifi tu camner pulak??? Streamyx wireless pernah la dengar. yang ni ker??? (http://www.tm.com.my/CONNECTING-YOU/DIGITAL-LIFESTYLE/BROADBAND-SERVICES/Pages/streamyx_wireless.aspx)

    kalau sambung ke wifi biasanya modem atau router jer….

    [Balas Cakap]


Apa yang nak di kata?