Salam 1Malaysia. Edisi harian khas muncul lagi. Oleh kerana minggu ini adalah sabtu minggu pertama, maka UJ sembahkan satu sajak karangan UJ sendiri bertajuk “hari ini dan semalam”… Baca dan hayatilah.
Hari ini dan semalam
Hari ini, Kau seorang dewasa,
Semalam, Kau hanya seorang anak kecil
Hari ini, Kau lantang bersuara
Semalam, Diammu duduk terpencil
Hari ini, Kau melihat kedepan
Semalam, kau terkebil kebil
Hari ini,
Kau bangkit
Menentang segala apa yang ada
Menuntut segala apa yang kau mahu
Membebaskan diri dari cengkaman
Membolos lalu ke depan.
Perjuangan tidak terhenti,
Kau akan mencari ganti,
Walau tiada berkenan dihati,
Kau tetap mencari cari,
Kualiti, emosi dan harga diri,
Itu sifatnya tersendiri,
Menjadi bualanmu sehari hari.
Moga kau tidak berhenti,
Mencari apa terniat dihati,
Mungkin suatu hari nanti,
Kau berjumpa si pengganti,
Atau mungkin…
Kau yang diganti.