Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harapnya berada dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu. Kepada yang sakit atau ada mendapat tanda tandanya, segeralah berkunjung ke klinik klinik mahupun hospital kerajaan. Semoga cepat sembuh UJ doakan. Dah lama tak bagi pendahuluan begini. Hehehe. UJ sengaja tidak mengeluarkan pendahuluan entri sebegini tetapi rasa kurang senang kerana walau apa jua keadaan, seseorang itu haruslah didoakan kesejahteraannya.

OKlah, pagi tadi UJ dengan ninja kecik berangkat ke negeri atas angin utara dengan tujuan menghadiri walimatul urus sahabat lama UJ di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan atau KMNS. Biasa sebagai kawan mahupun ketua kelas dahulu, sebolehnya datang melawat kawan sama ada dijemput atau berjumpa untuk bersua muka.

Selamat berbahagia kak Hanum.

Pada mula hari ini, UJ tengok hujan di waktu pagi. UJ berasa mungkin tidak dapat pergi(sambil menyiapkan diri untuk tidur balik… hehehe) Pukul 9:30 pagi UJ bangun dan mendapati cuaca kembali OK dan lihat facebook dan melayari internet dulu kerana perancangannya nak bertolak pada pukul 10 pagi(lewat sikit). Tiba tiba dapat panggilan daripada Asri, kawan UJ dan menyatakan mereka sudah sampai dirumah pengantin.

Maka UJ pun bersegera menyiapkan diri dan menyiapkan beberapa keperluan untuk pergi kesana. Alhamdulillah cuaca baik dan berdoa dalam hati aga bertahanlah cuaca sebegini. Memulakan perjalanan dengan doa dan bismillah, ninja kecik terus dipulas menuju masuk ke lebuhraya selepas mengisi penuh minyak. Perjalanan diteruskan melalui jalan lebuhraya elite sebelum memasuki NKVE dan masuk terus ke lebuhraya utara selatan.

Pada mula jalan sangat lancar dimana UJ membawa pada kelajuan yang boleh membunuh 120-140kmj tetapi sampai sahaja selepas susur keluar Rawang, jalan menjadi sesak dan terpaksa membawa perlahan. Disini juga UJ “ditemani” sebiji lagi superbike Ducati model tak tahu, model lama. Kepada orang itu terima kasih mengiringi walaupun tak jauh mana. Baik sungguh hati, mungkin balik kampung kot.

Akhirnya sampailah di susur keluar Behrang dan membeloklah ke kiri. Lepas je keluar dari lebuhraya UJ mula mencari tanda tanda kebiasaan rumah kahwin iaitu papan tanda nama, tapi jumpa sikit je. Ingatkan jauh daripada tempat keluar lebuhraya itu rupanya dekat sahaja. Sampai disana, UJ menelefon kembali Asri dan dia orang menjemput UJ duduk ditempat mereka dan mulalah majlis makan. Selepas makan, kami semua memulakan sesi gambar mengambar dengan ninja kecik(malu ninja kecik dihimpit 2 gadis pingitan…heheheh)

Seronok Asri bergambar dengan ninja kecik. Heheheh

Selepas menyaksikan Hanum bersanding dan bergambar, maka sesi kami menghadiri kenduri pun tamat. Jadi dengan berat hati, kami semua balik. Dan pengharapan UJ agar dapat berjumpa kembali semua kawan kawan semasa di KMNS dahulu.

p/s: Banyak lauk kenduri tadi… sedap pula tu.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

Apa yang nak di kata?