Salam 1Malaysia kepada semua pengodek siluar sana. Harap semuanya sihat sejahtera disamping keluarga tersayang. Kepada sesiapa yang mula mendapat simpton tidak sihat, bersegeralah jumpa dengan doktor. Supaya cepat sembuh UJ doakan.

Petang tadi, UJ telah membersihkan kad grafik komputer yang telah lama dipakai. Ada lebih kurang 1 tahun 8 bulan la juga. Walaupun selalu dibersihkan diluar, tetapi tetap panas bila mana dalam keadaan “idle”. Jadi UJ da thu ini mesti ada habuk yang banyak terlekat pada sirip penyejuk dibahagian dalam. Benda biasa berlaku pada semua jenis sistem penyejuk[heatsink] bagi komputer meja atau laptop. Biasanya setiap tahun kita perlu buka untuk buang habuk yang terlekat kerana habuk ini menyekat laluan udara yang dihembus oleh kipas.

Payah juga hendak membuka kerana masih berada dalam jaminan[tapi da koyak pelekat-kira void la] dan oleh kerana reka bentuknya tertutup, jadi mengambil masa satu jam juga untuk meleraikan kesemua bahagian kad grafik tersebut. Walau apa pun, kini berpuas hati la juga kerana dengan beban penuh pada kad grafik, suhunya cuma sekitar 70-72 darjah celcius berbanding sebelum dibersihkan ianya naik kepada 85 darjah celcius. Ini bermakna penurunan yang sangat ketara.

Rasanya itu sahaja coretan cerita hari ini. Gambar pasal kad grafik ini akan UJ upload kemudian hari.

p/s: Nanti ambil balik cerita kad grafik dari jiwamalaya.wordpress.com.

[ad code=3 align=center]

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

Apa yang nak di kata?