Salam kepada semua pengodek diluar sana. Harap semua sihat sihat belaka dan berbahagia disamping keluarga tersayang.
Saja jer UJ menulis tajuk dalam BI. Tapi isi masih dalam BM lagi…heheheh Kali ini UJ membicara bagaimana kita ingin membina PC. Ini pun entri dari blog UJ yang lama tu. Saja ambil sebab boleh pakai lagi rasanya. Jom kita teruskan pembacaan. Moga moga bertambah ilmu di dada…
Dalam kita menegejar arus kemodenan, kita sering lihat mesin ini semakin diperlukan oleh manusia. Mesin? ya mesin ini sebenarnya ialah komputer. Hampir semua orang memiliki komputer pada masa kini. Pelbagai jenama dan bentuk serta jenisnya terdapat di pasaran ketika ini. Pergi sahaja ke pusat beli belah dan lihat kedai komputer. mesti ada diletakkan laptop di hadapan kedai untuk tujuan promosi.
Jadi, disini saya akan beritahu bagaimana cara untuk membina komputer. Ianya tidaklah sesusah mana hatta budak sekolah rendah pun boleh melakukannya. Cuma tak jaminlah boleh hidup ke tidak.
Apa yang diperlukan untuk membina komputer ini? Seperti yang kita sedia maklum, komputer terdiri dari dua komponen iaitu hardware dan software. Hardware ialah peralatan komputer itu sendiri seperti prosessor dan sebagainya manakala software ialah sejenis perisian untuk menjalankan komputer itu seperti operating system dan sebagainya.
Untuk membina komputer pertama sekali mestilah sediakan duit melainkan anda adalah tokei atau anak tokei ASUS ke, MSI ke dan sebagainya…amik dari kilang jer, takdelah gurau jer…mereka pon kena sediakan duit gak untuk beli benda lain. Sesudah bajet di sediakan baru lah boleh berkunjung ke kedai IT atau kedai komputer yang berada di sekitar anda. Untuk mendapat barang murah dan banyak pilihan boleh berkunjung ke Plaza Low Yatt di Kl.kat bawah nanti saya ceritakan bagaimana hendak kesana. Untuk mengetahui harga semasa, anda boleh download senarai harga dari www.hardwarezone.com.my di ruangan pricelist.
Oklah bajet dah ada, sekarang kita pergi kepada pembelian hardware pula. pertama kita kena merancang jenis komputer dan kepenggunaannya. Contohnya untuk kegunaan rumah atau pejabat, hanya untuk menaip, memeriksa e-mail dan sebagainya, cukuplah dengan bajet sekitar RM 1500. Bagi kaki games ini bergantung kepada anda dan bajetnya boleh katakan lebih daripada RM 2000. Bagi kaki graphic yang tiap tiap hari duk menyunting menggunakan Adobe CS dan sebagainya bajet mesti lebih gak RM 2000. Dan bagi yang banyak duit tu bolehlah beli yang specs dia tinggi-tinggi…
Apa yang Diperlukan
Disini saya nyatakan apakah barang yang kita perlukan untuk membina komputer ini.
- Duit. Ini benda penting.
- Processor. Suka hati nak AMD atau Intel.
- Motherboard. Banyak pilihan daripada branded kepada cap ayam.
- Memory RAM. Pun banyak pilihan.
- Hard disk. Pelbagai saiz dan pilihan.
- DVD drive. Untuk membaca cd/dvd…
- Graphic Card. Pilihan. Boleh dipasang atau memang kene pasang.
- Casing. Suka hati nak pilih macam mana.
- Power Suply. Kalau casing takde power supply kene beli.
- Monitor. Kalau takde nak tgk kat mana.
- Set keyboard and Mouse.
Itu la benda yang boleh lah dikatakn yang asas. Ok kita sambung pada masa yang akan datang…sekian.