Salam 1Malaysia kepada semua pengodek semua. Harap berada didalam keadaan sihat dan selamat sejahtera hendaknya. Untuk entri kali ini kita bercerita pasal Islam, Iman dan Ihsan.

Hadis nabi yang bermaksud:
Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu merapatkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika memiliki kemampuan”, kemudian dia berkata: “anda benar”. Kami semua hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “Beritahukan aku tentang Iman”. Lalu beliau bersabda: “Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk”, kemudian dia berkata: “anda benar”. Kemudian dia berkata lagi: “Beritahukan aku tentang ihsan”. Lalu beliau bersabda: “Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “Beritahukan aku tentang tanda-tandanya”, beliau bersabda: “Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang tidak berpakaian, miskin dan penggembala ternakkan, (kemudian) berlumba-lumba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku menunggu beberapa hari. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian”.

(Riwayat Muslim)

Dalam hadis diatas menunjukkan beberapa perkara yang menjadi asas dalam menuntut ilmu serta penceritaan mengenai kiamat.

Adab menuntut ilmu

Disunatkan kepada kita apabila menuntut ilmu hendaklah berada didalam keadaan bersih dan tidak kotor. Jika boleh berada didalam keadaan suci keranan dengan keadaan begini hati kita dan perasaan kita begitu senang dalam menuntut ilmu. Selain itu dikhuatiri juga jika kita dalam keadaan kotor boleh mengganggu orang lain yang menuntut ilmu bersama. Jadi nasihat UJ, wangi wangikan diri anda. Hehehehe.

Islam, Iman dan Ihsan.

Islam bermaksud tunduk dan menyerah kepada Allah dari segi bahasanya. Manakala bagi segi istilahnya pula agama yang dibina dari lima asas iaitu mengucapkan syahadah yakni penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah rasulnya, mendirikan solat lima waktu, berpuasa dibulan ramadhan, menunaikan zakat dan menunaikan haji di baitullah jika memiliki kemampuan pada diri sendiri.

Iman pula bermaksud membenarkan adanya Allah, malaikat, rasul dan nabi, kitab kitab, hari kiamat serta qada dan qadar. Semua ini penting kerana inilah inti pati kepada agama islam tadi dimana kita mempercayai serta membenarkan bahawa adanya perkara diatas.

Bagi keduanya adalah satu perkaitan yang amat rapat dan tidak boleh dipisahkan dengan apa cara sekalipun. Iman tidak boleh berdiri sendiri tanpa islam dan islam tidak boleh berdiri tanpa mengimani rukun rukunnya..

Ihsan pula bermaksud iklas dan tekun. Dalam Hasid menunjukkan bahawa jika kita melakukan ibadat, kita tanamkan dalam hati seolah olah kita melihat pencipta kita sendiri. Jika kita tidak mampu melakukan demikian, maka ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat kita, ibaratnya seperti boss sedang melihat kita, tentu kita mahu lakukan yang terbaikkan? Jadi sepatutnya dalam amal ibadat yang kita buat haruslah sempurna dan diperbaiki jika kurang.

Hari Kiamat

Dalam hadis diatas diterangkan sedikit perihal tanda tanda hari kiamat. Bertapa pada hari hampirnya kiamat akan berlaku keadaan dimana anak anak menderhakai ibu bapanya sendiri, dimana keadaannya seperti tuan memearahi hamba hambanya.

Selain itu terdapat perubahan dalam sistem pemerintahan dimana oranr yang sehina hinanya dilantik sebagai seorang yang utama [pemimpin], harta harta semakin banyak di tangan manusia, banggunan dibina setinggi tingginya dan dilihat juga orang orang miskin tiba tiba menjadi kaya dan menjadi pentadbir atau penguasa.

Ilmu

Dalam kehidupan kita, seharusnya menjadi keutamaan untuk bertanya jika kita tidak tahu. Hal sedemikan tidak akan mengurangkan sedikit pun darjat atau kebesaran ata status kita ibarat ular menyusur akar, tidak hilang bisanya. Bertanya juga salah satu car untuk menyampaikan ajaran kepada orang lain jika ita bertanya di tempat ilmu kerana cikgu, ulama ata bijak pandai akan menjawab dengan suara yang kuat. Dengan yang demikian dapatlah orang disekitar mendengar dan mengambil pengajaran.

Itu sahaja perihal hadis minggu ini, sebarang komen boleh diadukan dibawah, dan sila sila menekan butang like “facebook” yer…hehehehe

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , ,

Apa yang nak di kata?