*seperti yang pernah keluar di akhbar Berita Harian.
Bersama Ustaz Zahazam Mohamed
USTAZ, saya ingin penjelasan mengenai kedudukan solat sunat sebelum Maghrib? Adakah dalil yang menganjurkannya?
Azrul,
Taiping, Perak.
DALIL yang menjelaskan solat sunat dua rakaat sebelum solat fardu Maghrib, jelas disebut dalam beberapa hadis. Ini termasuk Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Kerjakanlah solat dua rakaat sebelum solat fardhu Maghrib (iaitu sesudah azan Maghrib), kerjakanlah solat dua rakaat sebelum Maghrib!”
Pada kali ketiga, Baginda menambah: “Bagi sesiapa yang mahu (tambahan ini), ” kerana Baginda SAW tidak mahu kalau orang menjadikannya sebagai kebiasaan.
Imam Bukhari , Muslim dan an-Nasa’I meriwayatkan juga bahawa sahabat Nabi, Anas bin Malik menjawab ketika ditanya oleh al-Mukhtar al-Muqaffal, “Apakah Nabi mengerjakan solat dua rakaat selepas masuknya waktu Maghrib dan sebelum solat fardhu Maghrib? Anas menjawab: “Baginda melihat kami mengerjakan solat, tetapi Baginda tidak menyuruh dan tidak juga melarang kami.”
Ada sepuluh rakaat solat sunat yang berkait dengan solat wajib yang amat dianjurkan, iaitu: dua rakaat sebelum solat Subuh, Zuhur, dan Asar serta dua rakaat sesudah Maghrib dan Isyak.
INFO
Solat sunat dianjur berkait solat wajib
# Ada sepuluh rakaat solat sunat yang berkait dengan solat wajib yang amat dianjurkan, iaitu: dua rakaat sebelum solat Subuh, Zuhur, dan Asar serta dua rakaat sesudah Maghrib dan Isyak.
diambil daripada:
Assalamualaikum ustaz,
Saya ingin bertanya tentang solat sunat 2 rakaat yg dilakukan sebelum dan selepas solat fardu. Ada orang mengatakan kepada saya bahawa jika kita tidak menunaikan solat sunat rawatib dan ba’diah dirumah maka tidak dibenarkan juga menunaikannya di masjid. adakah itu benar ustaz.
[Balas Cakap]
UJ Reply:
March 14th, 2011 at 11:44 pm
Assalamualaikum kepada pembaca:
ini bukan la entri yang dihasilkan oleh saya. Saya cuma mengambil dan menyiarkan sahaja soalan2 sebegini. Semoga kita mendapat manfaat bersama.
Kembali kepada persoalan saudara tadi, setakat yang saya belajar, tiada pula terdengar tentang hal sebegitu. Apa yang pernah saya dengar adalah kita digalakkan melakukan solat sunat dirumah berbanding di masjid kerana dapat mengelakkan perasaan riak dan bangga diri.
Harap dapat membantu sedikit sebanyak…
[Balas Cakap]