Walaupun telah tamat pengajian dan memengang status penganggur rasmi bukanlah bermakna kita tidak boleh meluangkan masa yang ada untuk melakukan aktiviti tambahan dirumah. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada dirumah selain bermain games, tidur, melepak dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah bertani, membuat karya abstrak seperti menulis, berkarya, melukis dan menolong mengambil adik di sekolah(Kepada sesiapa yang ada adik la… UJ takde adik…hehehe)

Jadi apa yang UJ lakukan masa yang terluang begitu banyak ni iaitu dengan berkebun. UJ telah menanam beberapa jenis pokok seperti cili besar, cili api, terung bulan dan panjang, bendi, kangkung, dan beberapa pokok lagi. Apabila pokok ini mula menunjukkan bunga dan berbuah, dapatlah kita memakan hasilnya kelak.

Jadi UJ tunjukkan beberapa pokok yang UJ tanam, ada yang berbuah dan ada yang tengah berbunga. Sekarang UJ tak sabar nak tanam tanaman yang lain.hehehe

Bunga pokok terung sedang mekar.

 

Sang lebah sedang menghisap madu sambil mendebungga.

 

Buah Tomato sedang membesar. Tak lama lagi boleh ngap.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , ,

Apa yang nak di kata?