Rasanya semua sudah mengetahui keputusan hakim untuk kes liwat Datuk Seri Anuar Ibrahim. Pada pagi tadi ketika sesi pembicaraan terakhir, hakim memutuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan liwat. Perjalanan kes yang begitu panjang akhirnya selesailah jua. Tapi selepas ini tinggal Mahkamah Rayuan sekiranya pihak Saiful ingin membuat rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan. UJ taknak bincang lebih lanjut pasal jenis jenis mahkamah ni kerana kurang arif, yang UJ tahu hanyalah mahkamah syariah dan sivil. Tak lupa juga Mahkamah Allah di hujung pengakhiran dunia ini.

pic hosted at knm. source google search engine

Apa apa pun kepada penyokong DSAI, tahniah kalau anda semua merasakan kemenangan. Kepada penyokong pendakwa, kalau rasa nak heret ke mahkamah lagi atas, anda rasa boleh buat dipersilakan. Dan yang pasti, pada pehujungnya kebenaran tetap akan dipandang dan menang.

Penafian: UJ tidak menyokong mana mana pihak sama ada PR, BN, Saiful, Perkasa, DSAI dan sebagainya. UJ hanya pemerhati bebas dan bertindak demi masa depan rakyat sahaja.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

Apa yang nak di kata?