Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harap semua berada dalam keadaan yang segar bugar, sihat sejahtera. Kepada yang rasa demam demam, batuk batuk, segeralah berkunjung kepada doktor kerajaan atau pun swasta. Jangan pergi doktor tepi jalan sudah la ye…. Heheheh.

Kejadian manusia: peringkat kedua.

Kejadian manusia pada peringkat kedua yakni peringkat manusia dicipta pada air dan seterusnya diceritakan didalam Al-Quran dengan lebih mendalam. Bayangkan ketika ilmu sains belum maju, Al-Quran telah menceritakannya hampir 1500 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa Al-Quran itu adalah benar dan diturunkan oleh Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Kejadian manusia bermula apabila sperma yang dihasilkan daripada lelaki bercantum dengan telur yang dihasilkan oleh wanita. Dan seterusnya sel itu membahagi kepada dua kemudian empat dan seterusnya kepada bentuk yang dinamakan mudghah atau segumpal daging. Dan kemudian daging itu berkembang menjadi tulang, dan tulang itu di selaputi daging sehinggalah seterus.

Firman Allah swt dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.”

(al-mukminun : 12-14)

Dalam ayat diatas menerangkan bahawa kejadian manusia itu mempunyai peringkat tertentu daripada seketul darah beku menjadi segumpal daging sehingga menjadi bentuk manusia pada akhirnya. Selain ayat ayat Al-Quran, terdapat juga hadis yang menerangkan peringkat peringkat kejadian manusia didalam rahim ibu.

Lihatlah bertapa tingginya kalam Allah yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad saw dan seterusnya kepada kita sebagai ummatnya. Kita harus mengambil segala informasi didalam Al-Quran dan mengkajinya sedalam dalamnya agar mendapat petunjuk dan tanda tanda kekuasaan Allah swt.

Walaupun diceritakan perihal kejadian manusia, namun ianya tidak berhenti disitu. Al-Quran menceritakan lagi bagaimana selepas bayi itu lahir apa yang perlu dilakukan oleh ibu kepada anaknya. Dalam Al-Quran menjelaskan bahawa setiap anak yang lahir haruslah disusukan selama 2 tahun. Ayat yang menyebut perihal tersebut ialah:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.”

(Al-Baqarah: 233)

Dalam dunia sains hari ini memang telah terbukti bahawa susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi yang baru lahir. Sesungguhnya didalam susu ibu telah terbina segala macam khasiat dan antibodi yang diperlukan oleh bayi yang sedang membesar. Beberapa kajian telah dilakukan terhadap tempoh penyusuan dan telah terbukti kanak kanak yang menyusu ibu genap 2 tahun didapati kurang menghidap penyakit, pertumbuhannya sempurna berbanding kanak kanak yang tidak menyusu ibu selama dua tahun atau yang meminum susu formula.

Walau sehebat manapun susu formula, ianya tetap tidak dapat menandingi kehebatan susu ibu dari segi struktur lemak susu itu sendiri sehinggalah kepada khasiat yang terkandung dalam susu ibu. Selain itu susu ibu yang sentiasa tersedia tanpa perlu difikirkan tentang pembancuhannya, suhunya dan kebersihannya. Anda masih ingat peristiwa melamin dalam susu formula suatu ketika dahulu?. Jadi susukanlah anak anak anda dengan susu badan dan sekiranya penghadamannya sudah kuat maka ditambahkan dengan makanan lembut seperti bubur nasi dan sebagainya. Sesungguhnya ini membantu perut anak itu menghadam sumber lain.

Sesungguhnya kita sebagai hambanya telah disediakan segala petunjuk dan segala pengajaran didalam Al-Quran. Maka seharusnya kita harus yankin dan percaya apa jua ketetapan Allah. Sesungguhnya didalamnya terdapat hikmah yang tersumbunyi yang mungkin diketahui olehNya.

Sekian entri untuk kali ini. Bersambung minggu depan dengan kisah kejadian alam semesta.

rujukan:

Wikipedia

Allah dan sains moden

Al-Quran

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , ,

Satu Kata


  1. […] Allah selepas ditiupkan roh kedalam jasad kita. Untuk kisah penceritaan manusia boleh buka sini dan sini. UJ akan ceritakan tentang apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita selepas roh kita […]


Apa yang nak di kata?