26
Apr

UniFi ROCKS~~


Salam 1Malaysia kepada semua penggodek diluar sana. Harapnya semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan tidak ditimpakan segala penyakit yang berat atau kesedihan yang amat sangat ya. Kalau berlaku juga, UJ harap segala masalah itu berlalu pergi dengan kadar yang segera.

UniFi

Semua sedia maklum apa itu UniFi. UniFi adalah pelan jalur lebar yang berkelajuan tinggi yang menggunakan teknologi gentian fiber sebagai medium perantaraan antara pengguna dan syarikat penyedia internet. Apabila menggunakan gentian kaca sebagai medium, maka terdapat banyak kelebihan disitu walaupun kos untuk melakukannya amat tinggi.

unifi

UniFi FTW

Modem, STB, Telefon

Produk UniFi untuk rumah - Modem fiber, DIR-615, telefon tanpa wayar, STB, manual

 

Ingat lagi bila UJ cakap pasal rumah UJ akan dipasang UniFi? Akhirnya pada hari ini secara rasminya UniFi telah berada didalam rumah UJ. Betapa gembiranya hati apabila mendapat internet yang laju dan stabil ini. Sememang kelajuan internet amat penting bagi UJ kerana UJ kuat memuat turun file di internet.

Pemasangan

Temu janji yang dibuat pada pukul 9:30 pagi ditunda kepada 10:30 pagi. Tidak mengapalah. Yang penting datang. Dan belum pun 10:30 pagi sebiji van TM lalu dihadapan rumah UJ dan kemudian pemasang(staff TM) menelefon UJ dan UJ cakap yang mereka baru sahaja melepasi rumah UJ. Huhuhuh.

Seperti biasa, umum mengetahui kumpulan pemasangan biasanya terdiri daripada 4 orang tapi yang datang rumah UJ adalah 3 orang sahaja. Pemasangan dimulakan dengan menyediakan talian fiber luar dan dalam. Oleh kerana setiap distribution point adalah terhad kepada 8 kediaman(menurut staff terbabit) maka pemasangan kabel luar terpaksa di ambil dari DP yang pertama daripada simpang masuk kerumah UJ. Jaraknya adalah sebanyak 300m. Tidak tahulah sama ada jumlah ini adalah betul atau tidak dan kena bayar atau tidak. Kalau ambil daripada depan rumah UJ tentu tak sampai 15 meter pun. Hehehehe

dp unifi

Kabel fiber unifi dari jauh

 

DP unifi

Kabel unifi, tapi bukan dari DP kat tiang tu

 

Sementara 2 orang memasang kabel luar, UJ dan staff TM menyediakan kabel dalaman. UJ terpaksa menaiki atas siling untuk merentang kabel optik daripada fiber termination box. Sebanyak 14m digunakan untuk tujuan ini. Akhirnya kabel luar telah sampai dihadapan rumah UJ dan kerja2 penyambungan diteruskan untuk luar dan dalam. Sebenarnya pada masa ini team lain pun datang menolong. Tak tahulah dari mana datang, mungkin ada installaton dekat dalam kampung UJ dan mereka dah siap lalu tolong rakan2 yang mana belum siap. Biasalah kita mesti ada semangat tolong menolongkan?

fiber termination board

FTB, berada diluar rumah anda

 

FTB bahagian dalam

Bukak FTB inilah dia.

 

Fiber Wall Socket

Ini FWS, soket bahagian dalam

telefon, Modem unifi dan router

Susun atur antar modem unifi, telefon dan router dlink DIR 615

 

motorola cordless phone

Telefon Motorola tanpa wayar

 

Modem fiber unifi

Ini pula modem fiber unifi keluaran Alcatel Lucent

 

dlink DIR 615

Ini pula router untuk unifi, Dlink DIR 615

SpeedTest

Akhirnya setelah semuanya siap dan bacaan ujian dijalankan barulah penyambungan dilakukan. Siap saja sambung terus internet aktif. Bagus betul tidak seperti Streamyx kene tunggu beberapa ketika untuk dia establish dengan line rumah kita.

 

speedtest

SpeedTest dari USA

speedtest

SpeedTest dari Malaysia

speedtest

Speedtest dari Singapore

speedtest

SpeedTest dari Alaska, USA

dan yang terakhir

 

SpeedTest dari NY

Kesimpulan

Memang speed yang UJ dapat adalah bagus dan memuaskan. Tengoklah sekiranya UJ mempunyai pekerjaan nanti, akan diupgrade kepada 10Mbps agaknya.

unifi

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Apa yang nak di kata?